Para lelaki dari golongan dewasa muda dan dari golongan pertengahan umur terdiri daripada populasi yang paling sunyi. Malangnya, hal ini hanya akan bertambah buruk.
Mengikut artikel dari Psychology.com, sepanjang 30 tahun, kaum lelaki mendirikan bahagian besar daripada kumpulan orang bujang berjangka panjang. Bukan itu sahaja, tetapi populasi tersebut semakin meningkat. Walaupun seseorang tidak perlu berada dalam sebuah hubungan untuk rasa bahagia, kajian menunjuk yang lelaki biasanya lebih bahagia dan lebih sihat apabila berpasangan.

Berikut merupakan 3 trend yang terdapat dalam ‘industri hubungan’ yang mencadangkan sebab kenapa lelaki sukar untuk mencari pasangan pada era ini:
Aplikasi-Aplikasi Janji Temu –
Semenjak pandemik COVID-19, ramai orang bertukar ke aplikasi-aplikasi janji temu sebagai pemacu untuk berkenalan dengan orang baru dengan harapan nak mendirikan sebuah hubungan dengan mereka. Satu masalah besar datang daripada jumlah pengguna lelaki daripada wanita.
Ia didapati lebih daripada 62% pengguna adalah lelaki dan ramai wanita terharu dengan bilangan pilihan yang mereka ada. Persaingan atas talian adalah sengit dan keupayaan untuk mengekalkan perhatian menjadi tugas yang susah- seseorang haruslah menjadi amat bertuah untuk mendapat peluang untuk berjumpa dengan seorang yang mereka idamkan.

Prinsip Hubungan –
Dengan begitu banyak pilihan, tidak hairanlah wanita semakin selektif. Duit dengan kerjaya bukan lagi faktor terhebat bagi seorang lelaki. Sekarang, lelaki juga perlu pandai berkomunikasi, boleh beremosi, dan juga berkongsi nilai dan moral dengan pasangan mereka.
Defisit Kemahiran –
Bagi lelaki, ini bermakna jurang kemahiran perhubungan yang, jika tidak ditangani, berkemungkinan akan membawa kepada peluang temu janji yang lebih sedikit dan tempoh bujang yang lebih lama. Ia didapati bahawa jika seseorang mempunyai kemahiran komunikasi yang lemah, wanita akan hilang kesabaran.
Untuk mengekalkan sebuah hubungan, kebolehan untuk beremosi amat diperlukan, namun terdapat keluarga yang membesarkan anak mereka tanpa kemahiran tersebut. Stigma lelaki untuk memendamkan perasaan menjadi kejatuhan mereka.

Walaubagaimanapun, para lelaki masih berpeluang untuk merevolusikan hubungan romantis dan mewujudkan norma baharu yang lebih sihat. Lelaki mempunyai peranan penting dalam transformasi ini tetapi hanya jika mereka bertindak secara all-in. Ia akan mengambil komitmen besar kepada diri mereka sendiri dan juga untuk kesihatan mental mereka. Tapi, adakah mereka dapat menghadapi cabaran tersebut?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: