Kejatuhan Pakatan Harapan Adalah Salah Mereka Sendiri

Tulisan oleh: Ajam Yunus

Kemelut politik berlaku seminggu dua yang lepas(sebenarnya dari PRU 14). Rakyat disajikan dengan opera sabun yang sangat memeningkan kepala bagi yang sibuk memikirkannya.

Umum mengetahui yang keadaan politik di Malaysia sangat volatile. Belum habis satu isu, isu lain pula timbul. Bertindan-tindan sampai terlalu advanced seperti teknologi telefon pintar. Lambat sikit kena tinggal.

PRU 14, PRU paling bersejarah yang menyaksikan tumbangnya Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan. Yang dulunya kerajaan kini jadi pembangkang dan begitulah sebaliknya.

PAS pula sampai ke sudah tak menang-menang. Mentaliti orang besar dan penyokong kedua-dua pihak yang bertukar stance ni pulak masih lagi mencari tapak baru yang kukuh untuk berdiri.

Ada yang teruja, ada yang tak boleh terima, ada juga yang terpinga-pinga. Kemenangan disambut meriah, kekalahan pahit untuk ditelan.

Kat mana silapnya, sampai keadaan politik Malaysia jadi camni sekarang?

Sebenarnya, masa zaman BN memerintah takdelah indah mana pun. Memang banyak kerosakan dan negara kita ni memang nak jahanam.

Pertumbuhan ekonomi negara perlahan, kat media sosial penuh cerita Najib, Rosmah, Zahid Hamidi dan kebodohan tindakan Ahmad Maslan.

Siapa je tak benci Najib? Nama Malaysia tercalar akibat skandal kewangan terbesar pernah berlaku dalam negara.

Tapi camne BN dan PAS boleh dapat kekalkan beberapa(sebenarnya boleh tahan banyak) kerusi di Parlimen? Ini disebabkan oleh kuasa undi golongan konservatif.

Konservatif ni diambil dari perkataan conserve(menjaga). 

Secara mudah, golongan konservatif ni boleh dikatakan sebagai ‘Golongan termakan budi’. Mereka ni kebanyakannya yang duduk di luar bandar, generasi Baby Boomer yang saluran maklumat utama mereka adalah televisyen dan radio.

Tapi tak bermakna diorang tak tahu guna whatsapp. Yang layan video TikTok pun ada. 

Golongan ni tahap kesetiaan dan kesabaran terhadap sesuatu faction tu memang tinggi. Sebab tu masa kajian pengiraan undi, Saluran 1 (Saluran mengundi untuk warga emas) ni memang geng diorang saja yang makan.

Golongan konservatif ni memang mudah percaya pada maklumat yang diorang dapat. Betul ke palsu ke, memang mudah diorang percaya.

Kadang-kadang yang kita memang nampak mengarut pun diorang boleh percaya. Siap dimarahnya kita balik sebab tak percaya.

Contoh macam kes curi data identiti masa nak register baucar e-tunai RM30 tu hari.

Tapi di kem PH pun ada geng konservatif juga. Jangan ada stigma : asalkan BN je konservatif, asalkan PH je liberal.

Liberal yang konservatif.

Golongan yang memang nampak keburukan je pada pemerintah. Kebaikan buat-buat tak nampak.

Konservatif pada perjuangan sesebuah organisasi. DAP adalah contoh terbaik.

Ramai yang liberal thinking, tapi matlamat diorang tak berubah dari dulu sampai sekarang.

PKR jadi tak relevan bila diorang bersetuju bergabung dengan Mahathir. Cuba ingat balik matlamat dan punca PKR ditubuhkan.

Manalah Nurul Izzah tak bengkek bila Bang Non boleh kawtim dengan Atok.

Nurul Izzah, pada pendapat aku ialah seorang konservatif pada perjuangan partinya. Wan Azizah pulak pada pendapat aku tak sesuai jadi ahli politik. Serius.

Rafizi semenjak dua menjak ni tak nampak batang hidung.

Liberal. Berasal dari Liberty(bebas).

Betul, kemenangan PH pada PRU 14 dipacu oleh golongan ni. Suara mereka mudah sampai pada generasi sekarang yang lebih masa tengok skrin telefon pintar dan laptop berbanding baca surat khabar dan tengok berita kat televisyen.

Sebab tu undi generasi muda banyak berpihak pada PH dan sebab tu jugaklah PH menang banyak kerusi.

Generasi muda ni pulak kebanyakannya teruja nak mengundi buat pertama kali. Youth power la katakan.

Ada jugak yang kata Rindu Zaman Tun. Zaman Tun M dulu jadi PM 4 tak best mana pun. Kita bukan senang-senang boleh makan KFC itu jam.

Geng-geng liberal dan SJW ni yang memomokkan kerajaan pada masa tu dan glorify pihak pembangkang.

Main angka sikit, nampak macam pandai dan golongan naif ni pun percayalah bulat-bulat. Swing undi ni yang buat PH menang di kawasan bandar.

Masa tu Mat Sabu menang kat Kota Raja majoriti bukan main besar.

Apa sudah jadi?

1. Percaturan makan diri. Jawapan mudah.

Blame game yang digunakan ni buat rakyat muak. Rakyat bagi kepercayaan bukan setakat nak buang Najib, tapi nak pembangunan negara kembali pesat.

Ini tidak, balik-balik kesan tindakan kerajaan terdahulu. Fed up la dengar.

Macam aku cakap tadi, memang kerajaan BN macam palat pun. Tapi semua orang dah tahu so takyah la asyik mention je.

2. Dasar dan tindakan kerajaan PH yang tak sedap dipandang majoriti rakyat.

Kes PTPTN sebagai contoh utama. Ingatkan kalau PH menang, hutang PTPTN langsai. Alih-alih siap kena blacklist. 

Pasal pemandu mabuk yang berleluasa dan tindakan yang diambil pula bagai melepaskan batuk di tangga. Memang buat orang sakit hati.

3. Pembahagian jawatan menteri yang carcamarba

Apa kejadah Mat Sabu jadi Menteri Pertahanan?
Hal LGE jadi Menteri Kewangan tu tak payah cerita la.

Waytha Moorthy dan Mohammadin Ketapi. Aku ingat Ahmad Maslan tu teruk, rupanya diorang berdua ni lagi teruk🤣🤣🤣.

4. Tommy Thomas.

Pelantikan beliau memang mengakibatkan ketidakselesaan pada golongan konservatif. Liberal suka beliau.

Kes Arwah Adib memang buat orang melayu sakit hati. Belum masuk kes LTTE lagi.
Kes pemandu mabuk berleluasa ni pun dia dapat tempias jugak.

Dah memang orang benci kan?

5. Tamak dan gila kuasa

Bang Non sampai kesudah jadi bakal PM. Bila nak jadi PM tak tahulah.

Semua Parti komponen dalam PH ni ada matlamat yang berbeza, bersatu sebab common interest je iaitu nak jatuhkan Najib.

Bila dah dapat power, tu jam la nk tunjuk swag masing-masing.

DAP dengan stail dia, Atok dengan stail Atok.

Gila kuasa ni memang boleh buat gelap mata. Anwar tak sedar lagi ke, dah basah kepala 23 tahun kena kencing?

6. Rakyat Malaysia jadi lebih matang

Jujurnya, rakyat Malaysia jadi lebih matang dari segi politik selepas PRU 14.

Rakyat sedar yang diorang pun ada power, tak macam zaman BN dulu. Dulu terlebih sikit siaplah kau. Silap-silap aku pun kena ke dalam🤣🤣🤣.

7. Kacau sensitiviti Raja, kaum dan agama

Orang Melayu yang kekal identiti Melayunya memang pantang kalau 3 benda ni kena kacau. Sebab tu UMNO boleh berpakat dengan PAS.

Common interest kan? Pihak lawan pun sedap bagi bola tanggung, memang syok la.

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Sistem demokrasi di Malaysia mengambil contoh sistem di Great Britain, dengan wujudnya Dewan Rakyat (House of Commons) dan Dewan Negara (House of Lords).

Selagi tak faham macam mana mereka berfungsi, maka korang boleh lupakan niat nak jadi palatao politik Malaysia.

Buka balik buku teks Sejarah Tingkatan 5, bab pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, Malaysia, Suruhanjaya Reid tu semua.

RAJA BERPELEMBAGAAN.

Raja yang tertakluk pada Perlembagaan Malaysia. Bukan berkuasa mutlak. Ada batas undang-undang yang diperuntukkan selari dengan jawatan sebagai Ketua Negara.

Boleh baca Perlembagaan Malaysia kalau nak tahu dengan detail, kalau nak mudah bacalah buku teks sejarah tingkatan 3 dan 5.

Walaupun dah termaktub dalam perlembagaan, masih terdapat segelintir yang macam nak derhaka dan mempertikai keputusan Seri Paduka Baginda.

Masa keputusan Seri Paduka Baginda YDPA, berpihak pada mereka, bukan main lagi punya sokong. Masa tak kena, Seri Paduka Baginda disalahkan pula.

Tentulah Seri Paduka Baginda YDPA dah melakukan timbang tara atas tindakan baginda, eh kau boleh pulak persoalkan?

Ingat macam cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ke?