Kepulauan Natuna, terletak di tengah-tengah Laut China Selatan antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo, merupakan kepulauan yang berada dalam Provinsi Kepulauan Riau.
Walaupun ia terletak di antara perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Malaysia Borneo, namun mengikut pensejarahannya, ia memang dimiliki oleh Indonesia berdasarkan kawasan tanah jajahan Belanda pada zaman imperialisme dahulu.
Kedudukan Natuna yang strategik, di tengah laluan kapal Laut China Selatan, laluan yang tersibuk di dunia, bakal menjadikan republik Indonesia sebagai kuasa terbesar serantau, serta antara kuasa yang besar di Asia.

Walaupun ia berada di Indonesia, rata-rata masyarakat di Natuna bertutur dalam loghat Terengganu, dan makanan Terengganu seperti nasi dagang sangat popular di sini.
Artikel tentang nasi dagang:
Oleh kerana kedudukannya yang berada di tengah-tengah Laut China Selatan, Pulau Natuna ini sangat strategik dari segi kedudukan pertahanannya.
Tambahan pula, k0nflik di Laut China Selatan antara negara-negara ASEAN dan China dalam tuntutan Kepulauan Spartly dan beberapa kawasan terumbu karang di tengah laut tersebut, menjadikan Natuna sebagai tempat yang berharga.
Beberapa hari yang lalu, berlaku k0nflik di antara Indonesia dan China selepas kapal nelayan dari tanah besar negara tersebut mencer0bohi kawasan perairan Natuna, menyebabkan T3ntera Nasional Indonesia (TNI) dengan kapalnya memberi amaran kepada kapal tersebut.
Tindakan TNI itu menyebabkan Duta Besar China ke Indonesia dipanggil oleh pemerintah Indonesia bagi menjelaskan apa yang berlaku.
Republik Rakyat China (PRC) terus mempertahankan kawasan Laut China Selatan sebagai milik mereka dengan mengatakan wilayah laut tersebut merupakan wilayah China dari zaman Dinasti Qing.
Ini berlandaskan apa yang dipanggil sebagai ‘nine dash line’ yang termaktub dalam peta zaman Dinasti Qing.

Menurut sejarah, dalam P3rang Sino-Perancis 1884, kedua-dua pihak mendakwa mereka menang dalam pep3rangan tersebut.
Ini menyebabkan Perjanjian Tietnsin pada tahun 1885, yang mahu Dinasti Qing untuk menghormati kedudukan Perancis di Tonkin dan Annam (kini wilayah Vietnam), sementara Perancis tidak menceroboh wilayah Dinasti Qing.
Bagaimanapun selepas kejatuhan dinasti tersebut pada 1912, dan kerajaan Republik China ditubuhkan, sebelum berlaku p3rang saudara di antara w4rlord, dan kemunculan Parti K0munis China (CCP) menjadikan tempoh masa itu huru-hara.
Bahkan selepas tamat P3rang Dunia Kedua, perkara sempadan ini tidak diselesaikan dengan baik, kerana sebaik sahaja tamat P3rang Dunia Kedua, P3rang Saudara China berlanjutan sehingga tahun 1949, menyaksikan kemenangan K0munis.

Beberapa negara seperti Malaysia, Filipina, Brunei, Taiwan dan Vietnam turut menuntut kawasan tersebut memandangkan jarak 200 batu nautika dari pantai negara tersebut, berlandaskan United Nations Convention on the Law of the Sea pada tahun 1973.
Tetapi Beijing menolak undang-undang tersebut kerana mengatakan perjanjian Tientsin pada 1885 lebih awal dari undang-undang laut tersebut.
Selain Kepulauan Spartly, kawasan lain seperti Paracel Islands dan Scarborough Shoal juga menjadi rebutan kesemua negara-negara yang terlibat.
Indonesia bagaimanapun, tidak terlibat dalam perebutan ini, cuma mahu mempertahankan perairan Natuna dari sering dicerob0h oleh nelayan China.

Isu tersebut menyebabkan Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Pulau Natuna semalam untuk meninjau serta mendapatkan laporan dari para jeneralnya berkenaan situasi ini.
Selain itu, tindakan pencerob0han ini menyebabkan pemerintah Indonesia mahu menjadikan Pulau Natuna sebagai “Pearl Harbor”nya, dengan membina lebih banyak prasarana ket3nteraan di pulau tersebut.
Selain itu, Jakarta juga menjemput musuh China, iaitu Jepun untuk membangunkan pulau Natuna.
Perkara itu disampaikan oleh Jokowi selepas Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi tiba di Jakarta, yang bertemu dengan rakan sejawatnya, Retno Marsudi.
Adakah percaturan Jakarta kali ini mampu membuatkan Beijing mengendurkan tindakan agresifnya di laut tersebut, atau ia mungkin mengundang kuasa luar yang lain seperti Amerika Syarikat dan Australia di kawasan tersebut?
Untuk artikel lain tentang diplomatik China, boleh baca di pautan ini: