Kedudukan Negara Asia Dalam Ranking Daya Saing Dunia IMD 2022 Merundum

Kedudukan negara Asia termasuk Malaysia jatuh dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2022.

Sumber: Culture Trip

Malaysia turun tujuh tangga iaitu dari tempat ke-25 jatuh ke-32 dalam ranking tersebut daripada 63 ekonomi.

Kedudukan Thailand juga menurun. Kini kedudukannya ke-33 dari tempat ke-28.

Indonesia pula kini, ditempat ke-4 dari tempat ke-37.

Kejatuhan ini jelas kerana terkesan dari pandemik COVID-19 yang telah menjatuhkan ekonomi negara masing-masing.

Kedudukan China juga menurun tapi dengan satu tangga kebawah yang membawa mereka ke posisi yang ke-16 daripada kenaikan yang konsisten tetapi ekonomi mereka menurun demi menjayakan strategi zero-Covid.

“Untuk melangkah ke hadapan, China perlu membina semula ekonomi dari pembuatan perkhidmatan yang bernilai tinggi dan pelaburan kepada penggunaan.

“Ia juga perlu bina pasaran negara yang bersatu bagi meningkatkan kemakmuran ekonomi jangka panjang, dan ia hanya akan mencapai matlamat pembangunan sosio-ekonomi dengan menggunakan campuran dasar makroekonomi,” nyata IMD.

Walaubagaimanapun, China masih berada dalam kedudukan yang teratas di Asia-Pasifik bersama dengan Singapore (ke-3), Hong Kong (ke-5) dan Taiwan (ke-7).

Kedudukan Singapore naik dari tempat ke-5, meraikan kedudukan tertingginya dalam APAC dengan penambahbaikan dalam ekonomi domestik, pekerjaan, kewangan awam, produktiviti dan kecekapan.

India direkodkan kenaikan kedudukan paling drastik dalam ekonomi Asia yang kini, ditempat ke-37 naik dari tempat ke-43 selepas empat tahun terbantut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: