Karenah Birokrasi dalam penyaluran bantuan banjir kepada mangsa sangat menyusahkan mereka. Hal ini dirasai sendiri oleh mangsa banjir. Kebanyakan mereka tidak mendapat bantuan kerana berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang tidak berdaftar dengan kerajaan.
Bantuan banjir yang berlebihan daripada PPS ini tidak dapat disalurkan kepada mangsa banjir lain yang terjejas. Hal ini terjadi kerana isu PPS yang mereka duduki tidak berdaftar.
Seharusnya, tidak wujud karenah birokrasi dalam keadaan yang terdesak seperti ini. Semua mangsa banjir memerlukan sokongan dan bantuan yang kebanyakannya disumbangkan oleh orang ramai untuk mangsa.
Namun demikian, yang sebaliknya terjadi, apabila mangsa banjir di PPS lain tidak menerima bantuan ini atas alasan PPS mereka tidak berdaftar.
Tambahan pula, mangsa banjir di PPS yang mempunyai lebihan makanan dan bantuan lain ini pula yang mengalakan orang ramai bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa yang berada di PPS lain.
Pihak kerajaan sepatutnya tidak membiarkan hal ini terjadi sama sekali kerana banyak mangsa yang terjejas dalam keadaan banjir yang teruk ini.
Selain itu, bantuan yang disumbangkan oleh orang ramai ini diharapkan dapat sampai kepada semua mangsa namun hakikatnya keadaan sebenar tidak begitu.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: