Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun telah menemui gigi jerung Megalodon yang berusia tiga juta tahun semasa sedang mencari cengkerang di pantai United Kingdom.
Pada mulanya kanak-kanak tersebut memikirkan fosil itu hanyalah sebuah cengkerang yang menarik.
Namun sebaliknya cengkerang tersebut adalah gigi milik ikan jerung Megalodon.

Menurut BBC, Sammy Shelton menemui gigi sepanjang 10 cm itu di pantai Bawdsey yang terletak di kawasan Suffolk semasa musim percutian.
Seorang pakar ahli biologi, Profesor Ben Garrod telah mengenal pasti bahawa gigi tersebut adalah milik ikan jerung Megalodon iaitu ikan yang paling terbesar pernah wujud di dunia ini.
Ikan Megalodon merupakan ikan yang pernah menjelajah bumi lebih 3.6 juta tahun dahulu dan mempunyai 250 gigi bergerigi sangat tajam yang digunakan untuk memakan ikan besar yang lain.

Menurutnya lagi, Megalodon boleh membesar sehingga 60 kaki (18 meter).

Ayah kepada Sammy Shelton iaitu Peter Shelton memberitahu bahawa anaknya sangat gembira dengan penemuan tersebut sehingga membawa fosil itu tidur di sebelah katilnya.
Kanak-kanak lelaki itu juga telah membawa fosil tersebut ke sekolahnya dan ditunjukkan kepada semua orang.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: