Tatkala perajurit kita penat lelah mempertahankan negara melawan komunis, setiap anggota perlu makan untuk menjalankan tugasan. Mesti anda tertanya-tanya bagaimana makanan perajurit Malaysia dahulu dibuat bukan?

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Youtube oleh saluran British Pathe, memaparkan wanita Malaya membungkus makanan ke dalam tin atau dikenali sebagai set Ransum Tempur di kilang Kuala Lumpur pada tahun 1950-an.
Pelbagai bahagian terdiri daripada pekerja wanita sedang membuat tin untuk pek makanan. Pembungkusan terbahagi kepada dua bahagian, satu makanan kepada perajurit berbangsa Melayu dan satu lagi pada berbangsa Cina.
Dari memotong plastik hingga ke pembalut makanan. Selain daripada itu kita dapat lihat mereka mengemas dan menyusun makanan, teh diletakkan di dalam beg plastik agar kedap udara. Dianggarkan empat ke lima ribu tin set ransum tempur dihasilkan sehari.
Antara bahan yang dibungkus ke dalam sebiji tin ialah seperti gula, garam, beras, teh, kopi, susu, vitamin, buah-buahan kering dan kari ikan di dalam tin dipak untuk bekalan seharian setiap perajurit.
Kemudiannya semua bahan-bahan tersebut dimuatkan kedalam sebuah tin dan dipak rapi supaya mudah untuk diagih kepada setiap perajurit.
Klik link video dibawah untuk tayangan dokumentari lengkap.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: