Kafein merupakan alkaloid yang boleh memberi kita tenaga dan kini, ramai berkongsi bahawa kafein mampu menghilangkan rasa sakit kepala.
Sakit kepala adalah apabila saraf otak, leher atau muka terganggu. Ia akan memberi isyarat pada otak apabila gangguan itu berlaku dan itulah menyebabkan kita sakit kepala.

Sesetengah manusia menerima kafein dalam badan dengan baik malah amat membantu mereka ketika sakit kepala.
Teori mengatakan adenosin ialah sesuatu yang dalam badan yang boleh melonggarkan saluran darah. Adenosin ini berkait dengan migrain tetapi kafein dapat menyekat reseptor yang mengikat adenosin.
Dalam masa yang sama, kafein juga boleh kecilkan saluran darah bagi membantu mengurangkan salurannya ke otak.
Last night I had the worst headache of my life. Nearly unbearable. Tried all the OTC meds, acetaminophen, ice pack, none of it working. I gave up & at 3:30 am made myself a cup of coffee & within 20 minutes my headache was gone. #medgrind #coffeeislife
— Ashley Winter MD || Urologist (@AshleyGWinter) June 1, 2022
Seorang pakar urologi, Ashley Winter berkongsi di Twitter tentang pengalamannya mengahadapi sakit kepala.
“Malam tadi, saya mengalami sakit kepala yang paling teruk dalam hidup saya. Hampir tak boleh tahan. Saya dah cuba semua ubat OTC, asetaminofen, beg ais, tak ada yang berhasil.
“Saya putus asa dan pukul 3:30, pagi saya buat secawan kopi untuk diri saya dan lebih kurang 20 minit, sakit kepala saya pun hilang,” kongsinya di Twitter.
Ramai memberi respons kepada Winter bahawa mereka sering menggunakan cara yang sama untuk merawat sakit kepala.
Walaupun ia boleh menjadi salah satu alternatif untuk merawat, sesetengah orang tidak boleh menerima kafein dalam badannya.
Maka, janganlah memaksa diri dan hendaklah menggunakan alternatif lain yang sememangnya selamat untuk kesihatan dalam badan.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: