Jenama Ikonik Sebutan Ramai, 5 Label Ini Pernah Isytihar Bankrap

Tidak bermakna sesuatu jenama itu mampu kekal relevan selamanya walaupun memegang label ikonik. Keperluan penting untuk setiap jenama mampu kekal bersaing adalah inovasi serta kemampuan dalam mengenal pasti trend.

Hanya perubahan yang dilakukan ekoran penstrukturan semula berjaya memulihkan jenama ini. Ada yang terbang lebih tinggi, malah ada juga baru nak bertatih semula.

Lima jenama di bawah menjadi sebutan ramai, namun akhirnya bergelut dengan isu pengurusan.

1.Gibson

Gibson
Sumber: The Fellowship of Acoustics

Bagi seorang penggemar gitar, identiti Gibson mempunyai prestij yang agak berbeza berbanding seteru utamanya, Fender. Jenama Fender dilihat gitar untuk semua orang, manakala Gibson pula lebih mirip kepada individu dan pemain elit.

Selepas cuba meluaskan pasaran dengan mengeluarkan produk-produk elektronik untuk pasaran lebih besar, Gibson terpaksa menanggung hutang sebanyak $500 juta.

Bagi memperbesarkan pasaran, kualiti gitar keluaran Gibson direndahkan sehingga menjejaskan kepercayaan peminat setia mereka hanya untuk memastikan versi baharu dapat dilancarkan setiap tahun.

Gibson telah memfailkan status bankrap, kemudian melantik JC Curleigh, bekas presiden jenama pakaian terkenal Levi’s bagi menstabilkan syarikat itu.

Curleigh memperkenalkan beberapa perubahan dalam mengembalikan dan mengutamakan identiti asal Gibson sejak dulu dengan kaedah mengurangkan pengeluaran serta kualiti.

Kini, Gibson masih lagi dalam proses penstrukturan semula kewangan mereka dan perlu mengorbankan beberapa buah kilang ditutup bagi mencairkan aset.

Sehubungan dengan itu, angka jualan semakin baik serta keyakinan pembeli yang meningkat dan mungkin akan membuatkan nama Gibson kembali disegani.

2. Nokia

Nokia
Sumber: GSM Arena

Nokia adalahh gergasi telekomunikasi dunia satu masa dahulu dan cukup terkenal sebagai pelopor yang mencetuskan trend popular semasa.

Namun begitu, kedegilan divisyen telefon pintar Nokia ingin terus bersandarkan kepada sistem operasi Symbian yang dibangunkan mereka telah memberi impak besar.

Kebangkitan Apple dan Google dalam ekosistem telefon pintar yang mengakibatkan jualan telefon Nokia mula menjunam.

Namun demikian, divisyen telefon pintar Nokia dijual kepada Microsoft. Microsoft melihat kemampuan Nokia dalam mengahsilkan telefon pintar boleh disatukan dengan sistem operasi Windows Phone milik mereka.

Malangnya, gagal mendapat sambutan orang ramai disebabkan siri Windows Phone yang dibangunkan oleh gabungan kedua-dua syarikat ini, walaupun produknya unik.

Selepas berdepan dengan kerugian $8 billion, akhirnya Microsoft menjual divisyen itu serta menanggungnya kepada gabungan syarikat Finland HMD Global dan Foxconn dari Taiwan.

Nokia mula mengeluarkan telefon pintar menggunakan sistem operasi Android seliaan Google di bawah HMD Global.

Menurut laporan tahun 2020, Nokia pernah menguasai lebih 50% pasaran telefon semasa era kegemilangan mereka namun kini, hanya memegang 0.7% keseluruhan pasaran telefon pintar dunia.

3. Converse

jenama-ikonik-sebutan-ramai-5-label-ini-pernah-isytihar-bankrap
Converse
Sumber: The Business of Fashion

Sebut sahaja nama Converse, pasti ramai mengenali rekaan kasut jenama itu yang cukup dikenali.

Converse menjadi jenama kasut sukan pertama yang diiktiraf ahli sukan profesional selain mempunyai sejarah panjang.

Atlet bola keranjang Amerika Syarikat, Chuck Taylor telah mengabadikan namanya pada kasut Converse pada awal abad ke-20. Dia juga memulakan sub-jenama ‘Chuck Taylor’s All Star’ yang terus segar sehingga kini.

Malangnya, bintang Converse gagal untuk mengekalkan sinarannya.

Pada tahun 2001, Converse memfailkan status bankrap ekoran kadar jualan yang menjunam teruk. Selain itu, Converse terpaksa menutup beberapa buah kilang pengeluaran mereka.

Difahamkan, sebuah gabungan konsortium cuba menyelamatkan jenama itu. Bagaimanapun, hanya selepas gergasi sukan Nike menawarkan belian bernilai $305 juta untuk menjadikan jenama itu berada di bawah sayap mereka.

Bagaimanapun, hanya selepas gergasi sukan Nike menawarkan belian bernilai $305 juta untuk menjadikan jenama itu di bawah sayap mereka.

Kini, Converse dikatakan telah kembali menyinar dan mampu menjana jualan tahunan melebihi $1.5 billion setahun untuk Nike.

4. Apple

jenama-ikonik-sebutan-ramai-5-label-ini-pernah-isytihar-bankrap
Apple
Sumber: Apple

Kini bernilai lebih $2 trillion, namun siapa sangka satu ketika dulu syarikat Apple sebenarnya pernah menghadapi bankrapsi.

Ekoran kegagalan peranti Apple Newton yang mengakibatkan beban hutang besar bernilai $100 juta perlu ditanggung oleh syarikat itu. Apple pada ketika itu, sedang dalam proses akhir mendokumenkan status bankrapsi mereka.

Namun, Microsoft yang dikatakan seteru utama syarikat itu telah bersetuju untuk melabur $150 juta dalam Apple dengan beberapa kerjasama di antara keduanya dimeterai.

Menerusi pelaburan ini sekaligus dapat menyelamatkan Apple serta memberikan mereka suntukan dana untuk terus beroperasi. Beberapa tahun berikutnya, Apple mula melakukan rombakan semula terhadap siri produk mereka.

Pada tahun 1998, pengenalan siri komputer iMac mendapat sambutan hangat ekoran rekaannya ketika itu cukup unik. Sebanyak 800,000 unit iMac terjual dalam tempoh 5 bulan. Keuntungan kali pertama syarikat itu sejak tahun 1995 sebanyak $309 juta.

Menyedari hal itu, Apple mula menjana pelaburan untuk pembangunan perisian dan perkakasan yang akhirnya membawa kepada pembangunan peranti popular iPod dan seterusnya iPhone.

5. Marvel

jenama-ikonik-sebutan-ramai-5-label-ini-pernah-isytihar-bankrap
Marvel
Sumber: Wired

Pasti ramai yang terkejut apabila mengetahui suatu ketika dahulu Marvel diisytiharkan bankrap pada tahun 1996. Hal ini disebabkan penurunan permintaan terhadap siri komik dan figura yang mereka keluarkan.

Usaha Ron Perelman, pemilik Marvel ketika itu, menggabungkan syarikat Marvel Comics dan sebuah lagi syarikat pengeluar figura mainan Toy Biz di bawah payung baru Marvel Studios.

Namun ditentang oleh lembaga syarikat ekoran risiko hutang menimbun yang masih berbaki. Mereka juga tidak percaya bahawa penggabungan itu boleh membantu situasi yang sedang dialami.

Perelman akhirnya memfailkan kemuflisan syarikatnya bagi membolehkan penstrukturan semula Marvel dapat dibuat tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Proses turun naik mahkamah yang melibatkan perebutan kuasa dalam syarikat itu berjalan untuk dua ke tiga tahun. Sebelum Avi Arad dan Isaac Perlmutter dilantik sebagai pengendali Marvel yang baru, mereka berdua merupakan eksekutif syarikat Toy Biz.

Kedua-duanya meneruskan usaha dalam menggerakkan Marvel Studios tanpa Perelman.

Mereka berdua berusaha menyakinkan studio-studio perfileman Hollywood untuk saling bekerjasama bagi menerbitkan filem berasaskan watak terbitan Marvel.

‘Blade’, filem pertama daripada usaha mereka berdua dan mendapat jumlah kutipan yang memberangsangkan. Bukan itu sahaja, ia turut menjadi titik tolak bermulanya kebangkitan jenama Marvel dalam industri filem sekarang.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: