Jangan ‘Throw Away’, Ini Fungsi Uncang Gel Silika Ramai Tak Tahu

jangan-throw-away-ini-fungsi-uncang-gel-silika-ramai-tak-tahu

Biasanya bila beli kasut, barang elektrik atau apa barang sekalipun, kita akan dapat sekali beberapa uncang kecil gel silika. Jangankan pegang, apatah lagi niat untuk menyimpannya dan selalunya akan dilempar terus ke tong sampah. Jika anda masih tersimpan, jangan buang uncang gel silika tersebut.

jangan-throw-away-ini-fungsi-uncang-gel-silika-ramai-tak-tahu
Sumber: Media Maklumat

Tahukah anda, sebenarnya uncang gel silika ini ada banyak fungsi yang bagus untuk kerja-kerja mahupun penjagaan barang kita. Salah satu fungsinya untuk menyerap kelembapan supaya barang yang dibeli itu tidak rosak. Selain itu, gel silika tidak mengandungi sebarang toksin dan sisa bahan merbahaya terhadap individu.

Setiap uncang mengandungi kompaun yang dikenali sebagai silikon dioksida. Bahan ini tidak boleh dimakan tetapi banyak digunakan dalam hampir kesemua barang yang terdapat di dalam rumah. Gel silika adalah bahan pengering yang tidak bertoksik dan banyak kegunaannya walaupun pada uncang tersebut tertulis ‘throw away‘.

Berikut adalah kegunaan uncang gel silika yang boleh menjadi panduan anda di masa akan datang:

1. Letak dalam beg gim

jangan-throw-away-ini-fungsi-uncang-gel-silika-ramai-tak-tahu
Sumber: Anteraja

Bagi yang baru ketahui perkara ini, fungsi uncang gel silika adalah untuk menyerap kelembapan. Sudah tentu anda pasti tahu bahawa bakteria mudah membiak di dalam kawasan yang tinggi tahap kelembapannya.

Dengan bantuan uncang gel silika, anda boleh mengurangkan kelembapan dan melindungi diri dari mikroorganisma yang merbahaya. Malah, ia boleh menghilangkan bau hapak.

2. Letakkan di antara tuala

Jika anda inginkan tuala sentiasa kering dan tidak berbau, letakkan beberapa uncang gel silika di tempat simpanan tuala.

3. Memanjangkan hayat alat pencukur

jangan-throw-away-ini-fungsi-uncang-gel-silika-ramai-tak-tahu
Sumber: Bio

Seringkali kita meninggalkan alat pencukur dalam bilik air sedangkan tahap kelembapannya sangat tinggi. Untuk memanjangkan hayat alat pencukur dan melindungi anda dari bakteria, letakkan beberapa uncang gel silika dalam bekas plastik yang berserta alat pencukur tersebut.

4. Jalan penyelesaian bagi masalah telefon bimbit termasuk air

Sudah tentu anda pernah mengalami telefon bimbit basah dan termasuk air. Perkara ini sudah acap kali berlaku sehingga anda terpaksa membeli atau menggantikannya dengan telefon baharu. Solusi biasa yang digunakan adalah meletakkan telefon yang lembap ke dalam bekas berisi beras sebagai alternatif tetapi dengan menggunakan uncang gel silika, ianya lebih terbukti lebih berkesan.

5. Mengelakkan cermin kereta berkabus

jangan-throw-away-ini-fungsi-uncang-gel-silika-ramai-tak-tahu
Sumber: Liputan 6

Sama ada cuaca di luar menjadi sejuk dan kandungan air tinggi di dalam udara, pemandu selalunya mempunyai masalah dengan cermin kereta yang berkabus. Hal ini sangat menyusahkan dalam aktiviti pemanduan.

Cara penyelesaiannya mudah sahaja dengan meletakkan beberapa uncang gel silika di bawah cermin hadapan dalam kereta, selepas sehari cermin anda akan bertukar menjadi jelas tanpa sebarang kabus.

6. Menjaga gambar lama

Gambar lama hampir sama seperti barangan lama yang akan hilang serinya. Ini merupakan masalah besar jika gambar-gambar disimpan merupakan kenangan paling berharga dari masa lampau kita.

Jika anda letakkan 2 hingga 3 uncang gel silika dalam sebuah kotak penyimpanan gambar lama, ianya dapat mengelakkan daripada berlakunya kelembapan yang menjadi punca kerosakan pada gambar-gambar tersebut.

7. Memastikan barang solek dalam keadaan baik

Sumber: Beritagar

Jika anda seorang wanita dan menyimpan bedak kompak dalam beg, jangan lupa untuk letakkan beberapa uncang gel silika bagi mengelakkan kelembapan serta serangan daripada bakteria. Jangan biarkan bedak kompak anda rosak kerana barang solek seperti nyawa seorang wanita.

Semoga tips ini dapat membantu dalam kehidupan seharian anda. Bila-bila masa anda membeli barang dan terdapat uncang gel silika, jangan terus membuangnya kerana kegunaannya bermanfaat.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: