Iran Akan Menyambung Semula Rundingan Nuklear 2015, Yang Dikenali Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA)

Rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 dijangka akan disambung semula pada hari Khamis.

Menurut Iran, isu penarikan sekatan dan “pelaksanaan sepenuhnya” pihak-pihak yang terlibat dengan JCPOA akan menjadi agenda utama rundingan itu.

Hal yang demikian kerana rundingan tersebut telah terhenti sejak Jun berikutan pertukaran pentadbiran di Iran.

Ini adalah pusingan rundingan kali ketujuh yang melibatkan Iran dan kuasa nuklear.

Rundingan ini disambung semula 29 November dan ditangguhkan pada Jumaat lepas.

Namun demikian, Menteri Luar Perancis sedikit skeptikal dengan perkembangan rundingan kali ini.

Beliau mendakwa Iran memberi bayangan mahu meneruskan program nuklear mereka.

Melalui Perjanjian 2015, Iran perlu menghadkan aktiviti nuklearnya.

Hal ini sebagai pertukaran, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) akan mengurangkan sekatan ke atas mereka.

Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat di bawah pentadbiran bekas Presiden Donald Trump, telah menarik diri daripada perjanjian itu.

Ini telah menyebabkan Iran kembali meneruskan kembali aktiviti nuklearnya.

Rundingan tidak langsung di Vienna ini bertujuan memujuk Amerika Syarikat untuk kembali menyertai perjanjian berkenaan.

Manakala, Iran pula diminta untuk kembali mematuhi perjanjian tersebut.

Sementara itu, Iran telah berusaha mempertahankan program nuklearnya bukan bertujuan untuk penghasilan senjata, sebaliknya bertujuan untuk keamanan.