Ini Senarai 5 Permainan E-sukan Paling Lumayan

Sejak sedekad lalu, permainan atas talian atau lebih dikenali sebagai E-sukan berkembang pesat selari dengan kemajuan teknologi masakini.

Terdapat pelbagai pertandingan diadakan di seluruh dunia yang melibatkan hadiah yang cukup lumayan. Tambahan pula, habuan yang menanti para pemenang esport ini setaraf dengan yang didapati dari sukan-sukan besar dunia yang lain.

Namun, berlaku penurunan ketara wang hadiah pertandingan e-sukan akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia.

Walaupun mempunyai penurunan sehingga 60% berbanding tahun 2019, masih ada lagi pertandingan e-sukan diadakan secara atas talian dan masih menyediakan habuan yang lumayan.

Berikut kami kongsikan 5 permainan e-sukan paling lumayan:

1. Counter-Strike: Global Offensive (RM64.57 juta)

Sumber: Iluminasi

Permainan ini merupakan salah satu permainan yang paling lama bertapak di dunia e-sukan. Berjaya mendapat tempat pertama di senarai ini, permainan CS:GO pernah menawarkan sebanyak RM89.6 juta kepada pemenang.

Pada tahun lepas, berlaku penurunan nilai hadiah kerana pertandingan ini telah diadakan sepenuhnya secara atas talian tetapi masih memberikan habuan paling lumayan berbanding dengan yang lain dalam senarai ini.

2. Arena of Valor (RM38.7 juta)

Sumber: Iluminasi

Permainan mobile ini berjaya mengatasi prestasinya berbanding tahun 2019 di mana ia naik lima anak tangga dari tahun tersebut.

Arena of Valor turut menawarkan hadiah yang lebih banyak iaitu RM38.7 juta pada tahun 2020 berbanding pada tahun 2019 (sebanyak RM31.86 juta).

3. Dota 2 (37.97 juta)

Sumber: Iluminasi

Disebabkan penangguhan pertandingan utama The International tahun lepas akibat COVID-19, Dota 2 menyaksikan penurunan ketara terhadap habuan yang ditawarkan.

Dota 2 menawarkan jumlah wang sebanyak RM191 juta pada tahun 2019. Walaupun pertandingan utama ditangguh, Valve berjaya mengumpul dana sebanyak RM162 pada 2020 untuk dijadikan hadiah terkumpul.

Diumumkan bahawa The International bakal diadakan pada Ogos 2021 di mana hadiah yang terkumpul itu mungkin boleh mencecah lebih RM325 juta.

4. League of Legends (RM33.04 juta)

Sumber: Iluminasi

E-sukan yang mempunyai paling ramai penonton ini masih dapat kekalkan jumlah tontonan walaupun hanya mengadakan pertandingan atas talian sahaja pada tahun lepas.

League of Legends telah menduduki tangga keenam dengan hadiah sebanyak RM38.66 juta pada tahun 2019.

Permainan ini didominasi oleh ramai pemain Asia dari Korea Selatan dan China. Tidak seperti permainan e-sukan lain yang memberikan replika cek gergasi kepada pemenang, pertandingan utama League of Legends biasanya ditamatkan dengan pemberian piala Summoner’s Cup.

5. Fortnite (RM32.1 juta)

Sumber: Iluminasi

Permainan video dari Epic Games ini pernah menjadi antara e-sukan yang pernah memberikan hadiah terbesar pada tahun 2019.

Ia jatuh ke tangga kelima pada tahun lepas kerana ketiadaan Piala Dunia Fortnite akibat pandemik yang sedang melanda seluruh dunia.

Hadiah yang ditawarkan pula jauh berbeza berbanding tahun 2019 di mana ia pernah menawarkan sebanyak RM291.6 juta pada tahun tersebut.

Lebih menyedihkan lagi, Epic Games telah mengumumkan bahawa kejohanan Fortnite tidak akan diadakan secara bersemuka pada tahun ini.

Tiada juga sebarang pengumuman atau pelaburan rasmi bagi tahun 2022 membuatkan Fortnite berkemungkinan akan terus merudum dan tidak lagi relevan dalam dunia e-sukan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: