Ini Sebab Kenapa Tesco Malaysia Bertukar Jenama Kepada Lotuss Stores

Kebanyakan daripada kita telah menjadikan Tesco pasar raya pilihan dari membeli barangan dapur sehinggalah ke barangan elektrik.

Cawangan pertama Tesco di Malaysia dibuka di Puchong, Selangor pada Mei 2002 dengan kerjasama konglomerat tempatan Sime Darby Berhad yang memegang sebanyak 30 peratus saham.

Setakat ini, Tesco sudah mempunyai 60 buah cawangan Tesco dan Tesco Extra di Malaysia.

Walau bagaimanapun, tidak lama lagi kita mungkin tidak akan menyebut nama pasar raya ini lagi.

Tesco Malaysia yang selama ini milik syarikat dari United Kingdom secara rasminya telah menukar namanya menjadi Lotus’s Stores.

Menurut laman Facebook rasmi Tesco Malaysia, syarikat itu melengkapkan proses penjenamaan semula menjelang akhir 2021.

Kenapa nama Tesco ditukarkan kepada Lotus’s Malaysia

Sumber: Iluminasi

Pada Mac tahun lepas, Tesco bersetuju untuk menjual operasi Asia Tenggara syarikat tersebut kepada konglomerat Thailand Charoen Pokphand (CP Group) dengan harga $10.6 bilion secara tunai.

Ia merupakan satu langkah besar bagi CP Group untuk berkembang ke peringkat antarabangsa dan memberikan pengembalian wang tunai yang banyak kepada pelabur.

CP Group berjaya memperoleh perniagaan Tesco Malaysia pada Disember 2020, selepas menewaskan hartawan bir Charoen Sirivadhanabhakdi yang memiliki TCC Group Co dan Central Group milik keluarga peruncit terbesar di Thailand, Chirathivat.

Penukaran jenama ini merupakan pemerolehan korporat terbesar di Asia sehingga ke hari ini dan juga yang terbesar dalam sejarah Thailand.

Sumber: Vocket

Dalam laporan pertukaran saham, Tesco menyatakan penjualan ini akan mengembalikan kira-kira £5 bilion (RM28 bilion) kepada pemegang saham melalui dividen khas.

Syarikat tersebut akan turut membayar £2.5 bilion (RM14 bilion) ke dalam skim pencen faedah bagi menghapuskan defisit mereka.

Bagi Tesco, penjualan hampir 2,000 pasar raya di Thailand dan 74 di Malaysia menandakan bahawa peruncit dari UK ini kini berada di fasa akhir untuk keluar dari pasaran Asia.

Pada tahun 2015, Tesco telah menjual perniagaan HomePlus mereka di Korea Selatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco iaitu Dave Lewis menyatakan bahawa ini akan ‘meringkaskan’ Tesco Group dan membolehkan mereka fokus kepada pasaran UK, Ireland dan Eropah Tengah.

Bagi CP Group pula, kejayaan pemerolehan Tesco adalah kemenangan simbolik bagi pengerusi CP Group Dhanin Chearavanont.

Beliau pernah menjual kawalan kumpulan pasar raya Lotus kepada Tesco dengan harga $180 juta (RM726 juta) pada 1998 semasa krisis kewangan Asia.

Chearavanont berulang kali mengatakan keinginannya membeli pasar raya tersebut semula dan kini impiannya tercapai.

Sejarah CP Group

Sumber: Iluminasi

Charoen Pokphand Group (CP Group) merupakan syarikat konglomerat Thailand yang berpusat di Bangkok.

Syarikat yang dimiliki oleh keluara Chearavanont ini diasaskan sejak 1921 dan kini mempunyai sekitar 360,000 kakitangan.

Ia adalah syarikat swasta terbesar di Thailand dan salah satu konglomerat terbesar di dunia, dengan pendapatan sekitar RM254 juta pada 2018.

CP Group mempunyai lapan jenis perniagaan yang merangkumi 13 kumpulan perniagaan dan punyai pelaburan di 21 negara pada tahun 2020.

Memiliki saham kawalan dalam Charoen Pokphand Foods (CPF), syarikat tersebut merupakan pengeluar makanan dan udang terbesar dan berada dalam senarai top 3 pengeluar daging ayam dan khinzir di dunia.

Sumber: Iluminasi

CP Group turut memiliki perniagaan runcit terbesar dari segi pendapatan di Asia Tenggara, dengan mengendalikan lebih 12,000 cawangan 7-Eleven.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan pekan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: