Ini Sebab Kenapa Segelintir Suami Alami Alahan Ketika Isteri Mengandung

Anda pasti sering mendengar tentang para ibu yang sedang hamil cenderung untuk mengalami alahan ketika mangandung.

Alahan tersebut biasanya berlaku dalam trimester pertama tetapi boleh juga terjadi sepanjang kehamilan bagi sesetengah wanita.

Simptom alahan mengandung termasuklah muntah dan menjadi sangat sensitif terhadap sebarang bau. Ia bukanlah perkara yang janggal bagi wanita hamil, tidak mengira bagi yang pertama kali mahupun yang sudah mempunyai ramai anak.

Namun, alahan ini tidak hanya terhad kepada golongan wanita sahaja. Si suami juga boleh mengalami alahan mengandung.

Dalam dunia perubatan, alahan tersebut dikenali sebagai Sindrom Couvade. Percaya atau tidak, ia sebenarnya merupakan perkara biasa bagi para suami untuk mengalaminya yang seringkali tidak disedari oleh kebanyakan lelaki.

Sindrom Couvade ini walau bagaimanapun tidak diklasifasikan sebagai masalah perubatan atau mental.

Pertama kali direkodkan oleh ahli antropologi Edward Burnett Tylor pada 1865, sindrom Couvade berasal dari perkataan bahasa Perancis ‘couvee’ yang bermaksud merenung.

Lebih banyak penyelidikan kemudian membuktikan bahawa lelaki juga akan mengalami gejala alahan mengandung sepanjang kehamilan pasangan mereka.

Para suami mungkin hanya berasa sakit dan diberitahu oleh doktor bahawa mereka sihat dan tidak memerlukan ubat.

Gejala yang dialami oleh setiap individu berbeza antara satu sama lain. Ia boleh dibezakan bergantung kepada psikologi atau fizikal seseorang itu.

Antara gejala dari psikologi termasuk kegelisahan, kemurungan, masalah tidur dan penurunan keinginan untuk melakukan seks. Manakala gejala fizikal boleh merangkumi rasa loya, pedih ulu hati, sakit atau kembung di perut, kerengsaan alat kelamin, kenaikan atau penurunan berat badan.

Sakit gigi juga merupakan satu lagi simptom biasa dirasai oleh 43 peratus lelaki yang mempunyai sindrom Couvade.

Sindrom Couvade ini berpunca dari tindak balas seseorang itu kepada situasi sosial di mana dalam kes ini, kehamilan pasangan dan budaya.

Setakat ini, tiada lagi rawatan khusus yang digariskan untuk sindrom Couvade. Para penyelidik menjelaskan bahawa ia biasanya akan hilang secara semula jadi selepas bayi dilahirkan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: