Ini Sebab Kenapa RTM Selalu Tayang Rajah Ini Pada Suatu Masa Dahulu

Masih ingatkah anda, siaran Radio Television Malaysia (RTM) ditamatkan pada setiap lewat malam hinggalah ke awal pagi dan paparan di atas ditayangkan bersama bunyi yang nyaring?

Persoalannya, apakah fungsi paparan grafik tersebut? Adakah ia sekadar paparan yang diletakkan sementara menunggu siaran sebenar bermula?

Sebenarnya, ia merupakan salah satu cara pihak yang terlibat dalam penyiaran bagi memastikan siaran televisyen disiarkan dengan lancar. Kad ujian visual atau lebih dikenali sebagai ‘test card’ ini berfungsi untuk menguji isyarat siaran televisyen.

Kad ujian ini biasanya disiarkan semasa pemancar aktif bila masa tiada program yang disiarkan.

Digunakan sejak siaran televisyen terawal, kad ujian visual pada asalnya dahulu adalah sekeping kad fizikal di mana kamera televisyen akan memfokuskan padanya.

Kad ini masih lagi digunakan untuk pemadanan antara kamera dan camcorder.

Pada awal kemunculannya, kad ujian yang digunakan bukanlah seperti yang sering kita lihat. Ia berbentuk bulat dengan corak oskiloskop berada di atas garisan grid segi empat tepat.

Sumber: Iluminasi

Fungsinya dahulu adalah memeriksa prestasi pemancar dari studio ke antena dan resolusi gambar.

Kad ujian yang digunakan sejak tahun 1920-an ini dihasilkan secara digital bagi kegunaan hari ini di mana ia membolehkan vendor, penonton dan stesen televisyen menyesuaikan peralatan untuk fungsi yang optimum.

Dengan kemajuan teknologi masa kini, anda tidak lagi melihat rajah kad ujian ini di kaca televisyen.

Sejak kebelakangan ini, penggunaan kad ujian tersebut meluas ke paparan digital lain seperti dinding LED besar dan projektor video.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: