Terdapat banyak simpulan bahasa yang diambil daripada alam sekitar ataupun makanan yang sinonim dengan rakyat Malaysia seperti bau-bau bacang yang membawa maksud saudara jauh.
Walau bagaimanapun, pernahkah anda terfikir mengapa rakyat Malaysia menggunakan istilah tanah air untuk negara kita? Menerusi video yang dikongsikan @jitrawiyofficial di laman TikTok, istilah tanah air ini dikatakan mempunyai sejarah yang tersendiri.
Sekiranya anda menonton video tersebut, Melayu merupakan satu-satunya bangsa yang menguasai daratan (tanah) dan laut (air). Negara-negara Eropah pula memanggil negara mereka sebagai fatherland atau motherland dan bukannya tanah air.

Berbanding dengan sesetengah negara yang menganggap laut itu sebagai sesuatu yang menyeramkan dan diibaratkan seperti raksasa, rakyat Malaysia sudah biasa dengan perairan memandangkan kawasan Semenanjung Tanah Melayu dikelilingi oleh lautan. Atas sebab itu, kita menggunakan istilah tanah air untuk memanggil negara yang tercinta.
Memandangkan negara-negara Arab lebih sinonim dengan darat, bangsa Arab pula menggunakan perkataan watan yang membawa maksud daratan untuk menggambarkan negara mereka.
Pada pendapat anda, adakah penjelasan dalam video di bawah tepat untuk menggambarkan sebab kenapa rakyat Malaysia guna istilah tanah air untuk memanggil negara sendiri ataupun sebaliknya? Anda boleh tonton video penuh di bawah.
@jitrawiyofficial Kenapa kita guna istilah TANAH & AIR? #jitrawiy #fypシ #tanahmelayu #sejarah #sejarahmelayu #tanahair
♬ original sound – Izzuddin Al Jitrawiy – Izzuddin Al Jitrawiy
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: