Ini Kisah Misteri Di Sebalik 3 Lagu Siulan Ramai Dari Negara Seberang

Selain menjadi medium untuk mengisi masa terluang, lagu turut membantu kita merehatkan fikiran. Atas sebab itu juga, terdapat pelbagai lagu yang berkait dengan kehidupan seharian seperti kisah cinta, kecewa dan kebahagiaan.

Ia berbeza dengan tiga buah lagu dalam artikel ini. Bukan sahaja ia mengandungi kisah yang pendengar boleh relate, bulu roma mereka juga akan meremang apabila mendengar semua lagu tersebut.

Kami akan kongsikan tiga lagu siulan ramai yang mampu membuat bulu roma para pendengar meremang menerusi artikel ini:

1. Sheila On 7- Sephia (2000)

Untuk pengetahuan anda, ahli kumpulan Sheila On 7 sendiri iaitu Eross berkata bahawa dia telah menerima sebuah panggilan misteri daripada peminatnya bernama Sephia ketika awal pembikinan lagu tersebut.

‘Gadis’ itu berkata bahawa dia menghubungi Eross melalui pondok telefon yang berada di depan rumah pemain gitar tersebut. Walaupun begitu, lelaki berkenaan tidak nampak sesiapa pun apabila dia melihat di luar tingkap.

Beberapa hari selepas insiden misteri tersebut, Eross dapat tahu bahawa gadis itu benar-benar wujud tetapi malangnya sudah meninggal dunia beberapa bulan sebelum kejadian berkenaan.

Gadis berkenaan menghembuskan nafas terakhir selepas terlibat dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan untuk ke konsert Sheila On 7.

2. Peterpan- Ku Katakan Dengan Indah (2004)

Pernahkah anda dengar lagu Ku Katakan Dengan Indah sebelum ini? Perasan atau tidak, terdapat suara seorang wanita misteri dari minit 4:42 hingga 4:52.

Namun, apa yang membuatkan lagu ini menyeramkan adalah suara tersebut seakan-akan milik arwah Nike Ardilla. Lagu ini pula dirakam di dalam studio yang sering digunakan oleh Allahyarhamah ketika hayatnya.

Sekiranya anda pernah dengar lagu Nike Ardilla sebelum ini, cuba dan dengarkan Ku Katakan Dengan Indah daripada Peterpan. Adakah ia mirip dengan suaranya?

3. Alda Risma – Menanti Kekasih (2006)

Lagu terakhir nyanyian mendiang Alda Risma, Menanti Kekasih dikatakan telah dirakam tiga hari sebelum penyanyi tersebut meninggal dunia. Walau bagaimanapun, siasatan daripada pihak forensik membuktikan bahawa wanita itu telah menemui ajal tujuh hari sebelum proses rakaman lagu tersebut. Jadi, siapakah yang menyanyikan lagu berkenaan?

Penulis:

  • Arif Aiman Asrol adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan lagu siulan ramai, anda boleh klik pada pautan di bawah: