Rata-rata daripada kita pasti mempunyai satu minuman kegemaran. Salah satu minuman yang digemari oleh hampir kesuluruhan populasi penduduk dunia adalah kopi.
Rakyat Malaysia juga tidak terkecuali. Salah satu francais minuman yang menjadi pilihan adalah Starbucks Coffee.
Starbucks Coffee terkenal dengan aneka pilihan minuman dan ais kisar yang hampir kesemuanya berasaskan kopi. Warganet juga melabelkan individu yang sering berkunjung ke Starbucks adalah sebagai ‘golongan T20’ berikutan harga minumannya yang agak mahal dan kedainya yang terlihat eksklusif, berbeza dengan kedai minuman biasa.
Sama ada anda seorang pengunjung tetap Starbucks Coffee ataupun tidak, anda pasti sudah cukup kenal akan logonya.
Apa kisah disebalik logo dengan ikon ‘Puteri Duyung’ tersebut?
Sejarah Starbucks

Starbucks diperkenalkan oleh tiga orang bekas pelajar Universiti San Francisco iaitu Jerry Baldwin, Zev Siegl, dan Gordon Bowker. Sebelum meletakkan nama Starbucks, Bowker telah mencadangkan nama ‘Cargo House’. Apabila merasakan ianya tidak sesuai, beliau menukarkannya kepada nama ‘Peduoq’.
Kedua-kedua cadangan nama tersebut tidak disukai oleh Terry Heckler, perundingnya. Justeru, Terry Heckler memberi cadangan untuk meletakkan perkataan ‘St.’ di hadapan nama perniagaan tersebut yang membawa maksud kekuatan. Setelah melalui pelbagai sesi perbincangan, Bowker dan rakan-rakannya bersetuju untuk menubuhkan kedai kopinya dengan nama ‘Starbucks’ yang diambil dari salah satu nama anak kapal Peduoq. Seterusnya, mereka menambahkan huruf ‘S’ di belakang nama agar kedengaran lebih sedap apabila disebut.
Pada tahun 1971, logo Starbucks pertama yang dicipta adalah ikon blatan yang berwarna koko dan diselitkan gambar puteri duyung berekor dua. Menurut beberapa sumber, logo tersebut diinspirasikan daripada budaya laut yang dibawa oleh para pedagang kopi pada zaman dahulu. Ketika itu, Starbucks hanya menjual biji kopi dan peralatan yang berkaitan dengan penghasilan kopi sahaja.
Seterusnya, logo tersebut diubah mengikut perkembangan perniagaan francais tersebut.
Berilkut merupakan carta perubahan logo Starbucks mengikut tahun:

Ternyata, logo tersebut berubah secara perlahan dan tidak terlalu drastik. Ianya masih mengekalkan warna hijau dan simbol puteri duyung yang menjadi tunjang dalam proses mereka cipta logo yang kini dikenali seantero dunia ini.
Secara visualnya, terdapat beberapa elemen yang dibuang serta ditambah mengikut kesederhanaan konsep dan idea. Lantas, menjadikannya sebuah logo yang ringkas dan senang untuk diingati para penggemarnya.

Bermula dengan hanya menjual sebiji kopi sahaja, kini Starbucks memiliki berjuta pelanggan dari seluruh dunia. Tarikan Starbucks dengan menyediakan variasi pilihan produk seperti sandwich, kek, dan manisan menjadikan Starbucks juara satu di hati peminat kopi.
Penulis
- Nurul Naafizah Binti Ibrahim adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
- Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.