Ini Kisah 3 Rakyat Korea Utara Berpaling Tadah Dari Negara Sendiri

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: Bloomberg

Sebut sahaja Korea Utara, ramai orang membayangkan sebuah negara yang tertutup ke seluruh dunia. Selain itu, rakyat negara pimpinan Kim Jong Un ini juga tidak mempunyai kebebasan bersuara dan membuat pilihan dalam kehidupan mereka.

Kami kongsikan tiga individu yang berjaya melarikan diri dari Korea Utara untuk mendapatkan kehidupan lebih baik menerusi artikel ini:

1. Kang Nara

Kang Nara berkongsi pengalamannya berjaya melarikan diri dari Korea Utara dengan bantuan seorang broker untuk bayaran $8,500 (RM36,274) pada tahun 2015.

Menurut anggaran, harga terkini bagi khidmat broker adalah sekitar $25,000 (RM106,688). Memandangkan tentera Korea Utara mengawal ketat kawasan sempadan, tindakan Nara dan brokernya menyeberangi sungai telah dikesan. Tuah menyebelahi kedua-dua individu terbabit apabila tiada peluru yang hinggap ke tubuh mereka.

2. Jeong Minwoo

Jeong Minwoo yang berasal dari Hyesan, Korea Utara ini merupakan seorang tentera di negara asalnya. Minwoo melarikan diri dengan memakai pakaian seragam tentera. Namun, apa yang lebih menarik ialah lelaki itu berjaya ‘menipu’ tentera bertugas bahawa dia mahu menyeberangi sempadan untuk urusan kerja dan ia berhasil.

Minwoo kemudiannya melarikan diri ke Thailand. Pakaian seragam tentera dan kad pengenalan diri disimpan rapi dalam beg untuk kegunaan dirinya sekiranya dia mahu pulang ke negara asal pada masa hadapan.

Untuk pengetahuan anda, seorang tentera menerima lebih banyak keistimewaan daripada rakyat biasa di Korea Utara.

3. Kim Kang Yoo

Sumber: Al Jazeera

Salah satu daripada enam individu yang berjaya meloloskan diri melalui kawasan demilitarized zone (DMZ) ialah Kim Kang Yoo. Semua tentera yang bekerja di pos pengawal di kawasan DMZ bukan sahaja perlu mengawasi pihak lawan tetapi juga perlu memantau rakan-rakan sendiri yang mungkin berusaha melarikan diri.

Dalam usaha Kang Yoo melarikan diri dari Korea Utara, dia berjalan dengan tenang dan berpura-pura menjalankan tugasannya. Semuanya berubah apabila tentera bertugas mengalihkan pandangan daripadanya kerana dia berlari dengan laju sehingga kelibatnya tidak dapat dilihat.

Sekiranya berada dalam situasi sama seperti ketiga-tiga individu di atas, adakah anda akan melakukan perkara yang sama?

Sumber: