Ini Kebenaran Tentang ‘Five Second Rules’

Bagi anda yang tidak tahu, peraturan 5 saat atau ‘five second rules’ ini sebenarnya berasal dari budaya barat. Idea disebalik peraturan ini adalah apabila makanan anda jatuh ke lantai, anda hanya mempunyai masa selama 5 saat untuk mengutip semula makanan itu sebelum ia ‘dijangkiti’ bakteria.

Persoalannya, adakah ia sesuatu tindakan yang selamat untuk mengutip makanan yang jatuh ke lantai walaupun hanya bersentuhan selama beberapa saat sahaja?

Mengikut kajian yang dijalankan oleh beberapa orang pelajar senior sekolah menengah di University of Illnois, mereka mendapati bahawa bakteria sebenarnya boleh mencemarkan makanan pada saat pertama ia menyentuh lantai.

Mereka telah mengambil sampel daripada beberapa permukaan lantai di sekitar kawasan universiti termasuklah di makmal, dewan, asrama dan kafeteria bagi melihat berapa banyak organisma yang dihasilkan. Mereka telah mengkaji setiap sampel berkenaan dan mereka dapati hanya sedikit sahaja mikroorganisma yang melekat.

Mereka kemudiannya membuat kesimpulan bahawa mungkin lantai di kawasan universiti adalah bersih. Namun, apabila dilihat dari perspektif mikrobiologikal, disebabkan lantai tersebut kering, kebanyakan panthogen seperti salmonella, listeria, dan E.Colli tidak hidup.

Mereka juga merumuskan bahawa kuman-kuman tetap akan berpindah ke permukaan dalam tempoh beberapa saat, ketika ia bersentuhan.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang dijalankan, walaupun anda rasa bahawa peraturan 5 saat ini sangat berguna agar makanan anda tidak dibazirkan, ia adalah lebih baik untuk anda biarkan atau terus membuang makanan yang jatuh itu daripada perlu merisikokan kesihatan anda sendiri.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua.

Sumber: