Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini, pastinya ramai yang bercadang untuk bercuti dan menetap di hotel bersama keluarga.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa buah hotel di dunia yang dikatakan sangat pelik?
Mari penulis kongsikan kepada anda beberapa buah hotel di seluruh dunia yang sangat pelik dan unik.
1. Hotel Costa Verde, Costa Rica

Hotel ini dibina daripada rangka kapal terbang lama pesawat Boeing 727 tahun 1965.
Reka bentuk dalaman pesawat ini telah diubah suai menjadi sebuah bilik hotel yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Hotel yang terletak di Taman Negara Manuel Antonio di Costo Rica ini menjanjikan ketenangan dan pemandangan yang sangat cantik kepada pengunjung.
Setiap bilik di dalamnya juga mempunyai kemudahan lengkap seperti penghawa dingin, tandas, dapur, dan lain-lain lagi.
2. Manta Resort

Bagi yang inginkan privasi, anda boleh pergi ke Manta Resort yang terletak di Pemba Island. Ia menyediakan bilik penginapan yang terletak di dalam air berdindingkan gelas kaca.
Airnya yang sangat jernih membolehkan anda melihat ikan-ikan berenang sambil berehat dan bersantai di dalam bilik.
Pada waktu malam, lampu-lampu pada dinding kaca akan menarik perhatian ikan-ikan dan binatang laut lain yang membolehkan pengunjung melihatnya secara dekat.
Antara kemudahan lain yang turut disediakan adalah spa dan scuba diving.
Manta Resort merupakan sebuah hotel yang menjanjikan pengalaman yang tidak dapat anda lupakan.
3. Free Spirit Spheres
Free Spirit Spheres yang terletak di Bristish Columbia, Kanada ini akan memberikan anda suasana tenang di dalam hutan.
Hotel dengan bilik yang berkonsepkan rumah kayu ini menyediakan bilik berbentuk sfera yang tergantung di antara pokok-pokok.
Sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini akan ditawarkan 3 jenis saiz bilik. Kemudahan-kemudahan lain yang turut disediakan adalah kemudahan tandas yang terletak di luar bilik, dapur, sauna dan yang paling penting, perkhidmatan WiFi.
4. Golden Crown Levin Iglut

Seperti yang anda dapat lihat, reka bentuk tempat ini adalah seperti iglu. Hotel ini menyediakan 18 buah igloo yang dibina dengan dinding kaca.
Hotel ini terletak kira-kira 9.5 kilometer dari bandar Levi, Iceland.
Setiap bilik atau iglu ini turut dilengkapi dengan kemudahan dapur memasak, tandas dan sebagainya. Dindingnya yang diperbuat daripada kaca juga dibina dengan bahan insulasi yang baik untuk mengekalkan cuaca yang optimum di dalam bilik.
5. No Man’s Fort

Sebenarnya, No Man’s Fort atau juga dikenali sebagai Solent Font adalah sebuah bekas kubu yang dibina kira-kira 160 tahun dahulu. Ia terletak di kawasan laut Portsmouth.
Pada zaman dahulu, ia digunakan untuk menghalang kemasukan tentera Perancis dan digunakan sebagai kubu pertahanan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.
Namun, pada tahun 2009, kubu ini kemudiannya diubah suai menjadi sebuah hotel bertaraf 4 bintang.
Hotel ini mempunyai 23 buah bilik yang lengkap dengan kemudahan seperti kolam air panas, bilik rehat dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, hotel ini hanya boleh diakses melalui helikopter.
Itulah antara 5 hotel di dunia yang dikatakan sangat pelik dan unik.
Jadi, pernahkah anda menginap di hotel yang pelik? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.