Ini Adalah Antara 5 Filem ‘Underrated’ Malaysia Yang Pernah Memenangi Anugerah Di Peringkat Antarabangsa

Siapa kata filem Malaysia tidak berkualiti? Masih terdapat beberapa buah filem Malaysia yang berkualiti dan telah diberikan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Walaupun industri perfileman di negara kita tidaklah sebesar negera-negara lain, namun ia bukan alasan untuk pembikin-pembikin filem tempatan untuk tidak cuba untuk menembusi pasaran luar.

Mari kami kongsikan kepada anda antara 5 buah filem ‘underrated’ Malaysia yang pernah memenangi anugerah dalam industri perfileman di peringkat antarabangsa tetapi kurang mendapat perhatian daripada penonton terutamanya di Malaysia.

1. Crossroad: One Two Jaga (2018)

Filem ini pernah mencetuskan kontroversi pada suatu ketika dahulu kerana ia bukan sekadar memaparkan sisi gelap anggota polis di Malaysia, tetapi dialog-dialog yang dilontarkan juga agak ‘keras’ dan ‘kesat. Tetapi malangnya, untuk tontonan di wayang, kata-kata ini telah pun ditapis.

Ia juga adalah sebuah filem yang turut membawa isu rasuah dan salah guna kuasa oleh pihak polis dengan lebih nyata dan tanpa berselindung.

Untuk pengetahuan, sebelum filem ini ditayangkan di Malaysia, ia sudah pun berjaya ditayangkan di beberapa Festival Filem peringkat antarabangsa, termasuk menerima pelbagai pengiktirafan. Walau bagaimanapun, jumlah penonton yang menonton filem ini pada ketika itu adalah kurang memuaskan.

Filem ini telah berjaya merangkul gelaran Filem Terbaik semasa Festival Filem Malaysia ke-30.

Sekiranya anda terlepas untuk menonton filem ini di panggung wayang, anda boleh menonton semula filem ini di Netflix.

2. Redha (2016)

Filem ini diangkat daripada kisah benar yang mengetengahkan isu autism dalam masyarakat di negara kita. Filem arahan Tunku Mona Riza ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri (Razlan dan Alina) yang bergelut membesarkan anak lelaki mereka yang menghidap autism.

Rumah tangga Razlan dan Alan menjadi goyah kerana Razlan tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya adalah seorang autism.

Seperti filem Crossroad: One Two Jaga, filem ini juga telah ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa dan mendapat pengiktirafan sebelum ia ditayangkan di Malaysia.

Filem yang dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Namron, Nadiya Nissa, Remy Ishak dan Susan Lankester ini telah menerima anugerah Audience Choice di Luang Prabang Film Festival 2017, Laos.

3. Jagat (2015)

Jagat mengisahkan tentang seorang kanak-kanak berbangsa India yang bernama Appoy mengharungi kesusahan hidup. Appoy perlu berhadapan dengan bapanya yang merupakan seorang kaki pukul dan pakciknya yang merupakan seorang bekas penagih dan seorang gangster.

Bapa Appoy mahukannya untuk fokus dengan sekolah, tetapi Appoy lebih cenderung untuk mengikuti jejak langkah pakciknya.

Filem Jagat turut memaparkan drama sosial serta isu-isu dalam masyarakat yang mampu menarik minat penonton. Selain itu, lakonan cemerlang watak kanak-kanak bernama Appoy turut membantu menghidupkan lagi filem ini.

Jagat merupakan slang Bahasa Tamil yang berasal daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu jahat.

Untuk rekod, filem ini telah berjaya memenangi anugerah Filem Terbaik Malaysia semasa Festival Filem Malaysia ke-28, serta anugerah Pengarah Terbaik.

Untuk melihat apa yang terjadi kepada Appoy, anda boleh menonton filem ini di Netflix.

4. Pekak (2015)

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda pekak bernama Uda yang ingin mendapatkan kembali pendengarannya.

Namun, cita-citanya itu memerlukan duit dan untuk mendapatkan duit tersebut, dia terpaksa melakukan aktiviti haram iaitu dengan menjual dadah. Sehinggalah Uda bertemu dengan Dara yang dilakonkan oleh Sharifah Amani.

Kutipan filem ini agak menghampakan walaupun mempunyai jalan cerita yang menarik serta dibintangi barisan pelakon yang hebat seperti Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Iedil Putra, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

Walau bagaimanapun, filem ini telah berjaya merangkul beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Antara anugerah yang dimenangi adalah anugerah Pelakon Terbaik (Zahiril Adzim) dan anugerah Skrip Terbaik (Khairul Azri Md Noor) di Russia’s International Motivational Film Festival – Bridge Of Arts 2016 (IMFF 2016).

Bagi anda yang ingin menonton kelainan yang terdapat dalam filem ini, anda boleh menontonnya di Netflix.

5. The Journey (2014)

The Journey yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan adalah sebuah filem mengenai seorang bapa, yang akhirnya membenarkan anak perempuannya, untuk berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris, tetapi dengan satu syarat iaitu lelakiInggeris tersebut perlu mengikutinya untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan mereka.

Filem ini juga merupakan antara filem yang kurang mendapat sambutan oleh penonton di Malaysia. Walau bagaimanapun, filem ini telah memenangi 4 anugerah daripada pencalonan semasa Festival Filem Malaysia ke-27.

Jadi, pernahkah anda menonton salah satu daripada filem yang dinyatakan? Jika ya, filem yang mana satukah yang menjadi kegemaran anda? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

Sumber: