Ini Adalah 5 Jenis Sayur-Sayuran Yang Paling Mahal Di Dunia

Bagi sesetengah orang, mereka menganggap sayur adalah ‘musuh’ utama mereka.

Ramai yang menyisihkan sayur-sayuran ini terutamanya kanak-kanak kerana ianya tidaklah sesedap ayam, ikan mahupun daging.

Kebiasaannya sayur-sayuran ini dijual dengan harga yang lebih murah berbanding ayam dan daging. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis sayuran yang mempunyai nilai yang sangat tinggi disebabkan beberapa faktor yang tertentu.

Mari penulis kongsikan 5 jenis sayur-sayuran yang yang paling mahal di dunia.

1. Pucuk Hop – RM3,920 sekilogram

Pucuk Hop ini sangat berguna di seluruh dunia untuk tujuan penapaian. Namun, pucuk Hop juga mempunyai tujuan yang ramai daripada kita tidak mampu untuk bayar.

Pucuk ini sangat berbaloi untuk dibeli. Kualitinya adalah sama seperti sayur kale dengan rasa yang sedikit manis.

Pucuk Hop ini adalah sangat mahal kerana proses penuaiannya yang rumit. Pucuk Hop ini juga adalah sangat kecil sehingga anda perlu memilih beratus-ratus daripadanya sebelum anda mengisi satu beg.

Pucuk ini sangat sukar untuk dituai. Namun, bagi sesiapa yang melakukan kerja-kerja ini, mereka akan dapat hasil yang lumayan.

2. Ubi La Bonnotte – RM2,942 sekilogram

Kebiasaannya harga ubi kentang adalah sangat murah. Malah, ianya merupakan antara sayur-sayuran paling murah yang anda boleh dapat di pasaran dengan harga serendah RM1 sekilogram. Namun, tidak bagi jenis kentang ini.

Kentang La Bonnotte adalah antara kentang yang paling mahal dan ianya merupakan sayuran yang kedua termahal di dunia.

Kentang ini adalah sangat mahal kerana ianya hanya ditanam di sebuah pulau di luar pantai barat Perancis iaitu Noirmouttier.

Setiap satu kentang ini perlu dipetik dengan tangan. Oleh tu, kerja-kerja penuaian boleh mengambil masa yang sangat panjang.

Kentang ini hanya akan dihidangkan di restoran-restoran eksklusif di Perancis.

3. Akar Wasabi – RM670 sekilogram

Sekiranya anda mengunjungi ke restoran sushi mewah, sudah pastinya anda akan membayar harga premium untuk hidangan makanan anda.

Ikan dan makanan laut yang lain merupakan antara penyebab kepada harga yang mahal. Namun, apa yang membuatkannya bertambah mahal adalah hidangan wasabi yang segar dan bukannya diproses.

Untuk pengetahuan, anda boleh menghasilkan wasabi dalam jumlah yang banyak dengan hanya menggunakan satu akar wasabi. Walau bagaimanapun, tidak banyak ladang wasabi yang wujud di dunia.

Anda perlu mendapatkannya secara langsung dari Jepun atau dari ladang wasabi di Eropah.

Sekiranya anda ingin menikmati wasabi yang segar, anda harus bersedia untuk membayar dengan harga ini (RM670 sekilogram). Ianya adalah sangat berbaloi terutama sekali bagi penggemar sushi.

4. Bayam Yamashita – RM120 sekilogram

Ini adalah antara sayuran hijau yang turut tersenarai dalam senarai sayur-sayuran paling mahal di dunia.

Kebiasaannya sayur bayam boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Sekiranya anda membeli dari petani, ianya akan menjadi lebih murah.

Namun bagi bayam Yamashita, ianya dijual dengan harga sekitar RM120 sekilogram.

5. Salad merah jambu – RM92 sekilogram

Salad merah jambu atau radicchio merah jambu adalah sayuran berdaun yang mempunyai rasa yang sangat ringan, dan sedikit rasa pahit.

Walaupun harganya tidak semahal sayur-sayuran yang lain, namun harga tersebut hanyalah untuk sebiji salad ini sahaja.

Salad ini adalah sayuran semula jadi dan ia diramalkan akan menjadi lebih mahal pada masa akan datang.

Jadi, adakah anda penggemar sayur ataupun sebaliknya? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

Sumber: