Ini Adalah 4 Lagu Seram Yang Dilarang Untuk Dengar Seorang Diri

Pernahkah anda mendengar lagu dan secara tiba-tiba bulu roma anda meremang? Untuk pengetahuan, terdapat beberapa buah lagu yang mempunyai kisah seramnya yang tersendiri.

Mari kami konsgsikan 4 buah lagu seram yang dilarang untuk dengar seorang diri.

1. Kelam Malam

Sekiranya anda pernah menonton filem Pengabdi Setan, pastinya anda mengetahui tentang lagu ini. Dalam filem tersebut, lagu ini dinyanyikan oleh watak ibu semasa zaman mudanya.

Lagu Kelam Malam ini turut diakui keseramannya oleh penulis lirik lagu ini.

Menurut isteri kepada penulis lirik ini, yang juga merupakan penyanyi asal lagu Kelam Malam, dia mengatakan bahawa dirinya tidak menggemari lagu ini. Ia mungkin disebabkan lirik lagu ini yang terlalu seram untuk didengarkan seorang diri

Walaupun melodi lagu ini kedengaran seperti lagu yang diciptakan pada tahun 1960-an, tetapi sebenarnya ia baru sahaja diciptakan khas untuk runut bunyi filem Pengabdi Setan.

Menurut pengarah filem Pengabdi Setan iaitu Joko Anwar, pada asalnya beliau mahukan lagu yang mempunyai elemen lagu pada tahun 1960-an. Beliau berminat dengan lagu ‘Di Keheningan Malam’ nyanyian Anna Mathovani, dan ingin menjadikannya sebagai lagu khas Pengabdi Setan. Namun, disebabkan beliau gagal menghubungi pemilik asal lagu tersebut, maka Joko bersama dengan rakannya telah menghasilkan lagu ‘Pengabdi Setan’ yang diinspirasikan daripada lagu ‘Di Keheningan Malam.’

2. Nang Nak

Lagu ini tiada nyanyian lirik, namun hanya terdapat suara seorang perempuan sedang humming dan turut dikatakan terdapat suara perempuan sedang menangis.

Lagu ini merupakan lagu yang popular dalam filem seram Thailand iaitu Nang Nak yang dipercayai oleh masyarakat di Thailand sebagai kisah benar.

Latar belakang kisah Nang Nak ini sebenarnya berasal daripada seorang wanita cantik bernama Nak. Wanita ini dikatakan telah mati bersama bayi dalam kandungannya semasa ingin melahirkan. Suaminya yang ketika itu sedang mengikuti peperangan, tidak mengetahui tentang kejadian sebenar. Namun, apabila suaminya pulang ke rumah, dia melihat isteri dan anak yang baru dilahirkan itu masih hidup. Namun, suaminya itu akhirnya mendapat tahu bahawa Nang Nak sebenarnya adalah hantu.

Sehingga kini, kisah hantu Nang Nak ini menjadi kisah seram sebenar yang dipegang oleh masyarakat Thailand. 

3. Nina Bobo

Menurut kisah yang selalu diceritakan mengenai lagu ini, ia merupakan sebuah lagu yang diciptakan si ibu untuk menidurkan anaknya. Anaknya yang bernama Helenina Mustika van Rodjnik dikatakan telah meninggal dunia pada usia empat tahun.

Selepas daripada kejadian itu, si ibu mengalami kemurungan dan dikatakan sering menyanyikan lagu ini. Sehinggalah pada suatu hari, anaknya itu pulang ke rumah kerana mendengar ibunya menyanyikan lagu tersebut.

Ternyata, kisah inilah yang telah menyebabkan lagu ini menjadi bertambah seram.

4. Lingsir Wengi

Lagu ini merupakan lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Jawa. Ia pernah menjadi sebutan ramai pada suatu ketika dahulu semasa menjadi lagu latar sebuah filem seram Indonesia yang berjudul Kuntilanak.

Melalui gambaran yang dipaparkan dalam filem tersebut, lagu Lingsir Wengi ini dimainkan semasa upacara memanggil hantu.

Sama seperti tajuk filem Indonesia itu, lagu ini dikatakan adalah untuk memanggil Kuntilanak.

Walau bagaimanapun, lirik asal lagu ini sebenarnya tidak mengandungi sebarang bentuk pemujaan hantu atau jin. Malah, dikatakan asal usul lagu ini adalah untuk menolak gangguan makhluk halus atau syaitan.

Selain itu, lagu ini turut dinyanyikan oleh para ibu untuk menidurkan anak mereka yang sukar untuk tidur di waktu malam.

Untuk pengetahuan, lirik lagu ini telah diubah sedikit dengan meletakkan unsur-unsur pemujaan syaitan.

Oleh itu, mungkin lagu Lingsir Wangi versi filem yang anda tidak patut dengar seorang diri terutamanya pada waktu tengah malam.

Jadi, adakah anda pernah mendengar lagu-lagu ini seorang diri? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

Sumber: