“Kecil-keci cili padi.” Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada haiwan kecil ini.
Semut merupakan makhluk kecil yang boleh ditemukan dimana-mana, sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah. Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis semut yang sangat bahaya?
Mari kami kongsikan 7 jenis semut paling berbahaya di dunia.
1. Semut Bulldog (Bulldog Ant)

Guinnes World Record telah mengiktiraf semut Bulldog sebagai semut yang paling berbahaya di dunia. Majoriti daripada semut ini tinggal di kawasan pantai di Australia. Sejak tahun 1988, terdapat kira-kira 3 kes kematian disebabkan semut berbahaya ini.
Sengatan semut ini adalah tersangat kuat sehinggakan ia merupakan kesakitan kedua paling sakit di dunia. Rasa sakit akibat sengatan ini boleh dirasai selama beberapa minit dan digambarkan sebagai rasa sakit yang tajam tanpa rasa panas.
Interaksi semut ini dengan manusia adalah sangat agresif dan semut ini mampu untuk melompat sejauh beberapa inci jika terdapat gangguan atau sekiranya sarang mereka diganggu.
Haiwan lain juga harus menjauhkan diri daripada semut ini kerana ia mampu menyuntik racunnya yang akan menyebabkan kegagalan buah pinggang. Racun yang disuntik melalui sengatan semut ini mampu membunuh orang dewasa dalam masa 15 minit.
2. Semut Peluru (Bullet Ant)

Nama semut ini diberi disebabkan oleh rasa sengatannya yang diibaratkan seperti ‘peluru’.
Rasa sakit sengatan semut ini dikatakan seperti seseorang ditembak. Semut ini biasanya ditemui di Honduras dan Paraguay dan ia merupakan antara semut yang mempunyai sengatan paling sakit di dunia.
Semut ini juga dikenali sebagai semut ’24 jam’ kerana rasa sakit sengatannya boleh dirasai sehingga lebih 24 jam. Kandungan racun ini dapat memberikan kesan repulsif yang menyekat penghantaran sinaptik dalam sistem saraf pusat.
3. Semut Siafu (Siafu Ant)

Semut yang juga dikenali sebagai ‘semut pemandu’ ini kebiasaannya dijumpai di Afrika tengah dan timur. Semut ini juga diiktiraf sebagai semut paling bahaya di dunia bagi manusia. Setiap sarang semut ini mempunyai lebih daripada 20 juta ekor semut Siafu.
Semut ini mempunyai rahang yang sangat kuat dan mampu mengoyakkan mangsa hanya dalam beberapa saat sekiranya mereka menyerang secara berkumpulan.
Malah, semut Saifu yang berpangkat ‘semut pekerja’ adalah lebih berbahaya daripada semut biasa kerana mempunyai rahang yang bersaiz lebih besar, kuat dan keupayaan menyengat yang lebih bahaya.
4. Semut Askar (Army Ant)

Semut Askar yang juga dikenali sebagai ‘Raids’ ini berpotensi tinggi untuk mencetuskan bahaya untuk manusia. Nama semut ini diberikan daripada cara semut ini menyerang iaitu dalam kumpulan dan tersangat agresif.
Semut ini kebiasannya akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Kumpulan semut ini tidak boleh dipandang remeh kerana apabila mereka menyerang dalam kumpulan, ia terdiri daripada 100,000 ekor dan mampu melenyapkan mangsa dengan begitu mudah.
5. Semut Florida Harvester (Florida Harvester Ant)
Semut ini sering kali dijumpai di kawasan padang pasir Amerika Utara, Tengah dan Selatan. Semut ini mempunyai struktur seperti janggut yang membantu mereka dalam mencapai atau mengambil butiran kecil di permukaan pasir yang licin.
Semut ini mempunyai racun sama seperti yang dimiliki oleh ular tedung dan lebah madu barat. Selain itu, semut ini juga digunakan sebagai sebahagian daripada mekanisma pertahanan untuk membunuh haiwan seperti cicak bertanduk (horned lizard).
6. Semut Api (Fire Ant)

Semut Api adalah semut yang paling agresif di dunia. Sesetengah daripada spesis semut ini juga dikenali sebagai ‘semut halia’ yang mana sengatannya adalah sangat menyakitkan. Jika semut ini menggigit dalam kumpulan, ia sangatlah berbahaya kerana racunnya terdiri daripada alkaloid.
Reaksi alahan terhadap kulit manusia boleh menyebabkan bengkak dan kerengsaan. Gejala-gejala lain yang disebabkan oleh gigitan semut ini termasuklah sukar untuk bernafas, percakapan tidak jelas dan boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan cepat.
7. Semut Bullhorn Acacia (Bullhorn Acacia Ant)

Semut Bullhorn Acacia ini menyerupai tebuan. Panjang badan dan warna semut ini hampir sama dengan tebuan tetapi yang membezakannya adalah ia tidak mempunyai sayap.
Semut ini sangat berbahaya terhadapa manusia kerana sengatannya yang mampu menghasilkan kesan denyutan yang sangat memeritkan pada kulit manusia.
Walau bagaimanapun, semut di negara-negara Afrika ini mempunyai kelebihan dari segi perubatan yang boleh digunakan dalam merawat penyakit seperti asma dan kemurungan.
Jadi, adakah anda pernah menjumpai salah satu daripada semut ini? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.