Ini 5 Maksud Nama Awalan Tempat Di Malaysia Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Nama sesuatu tempat pada zaman dahulu selalunya diberikan berdasarkan sesuatu peristiwa, insiden atau simbolik yang ada di kawasan itu. Walau bagaimanapun, ramai orang mungkin tidak tahu istilah yang digunakan sebagai nama tempat itu mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Kami kongsikan lima maksud nama awalan tempat di Malaysia yang ramai orang tidak tahu menerusi artikel ini.

1. Bagan

Sumber: Orang Perak

Membawa maksud pangkalan atau jeti, Bagan juga merupakan nama lama Butterworth. Memetik laporan Iluminasi, nama Bagan ditukar kepada Butterworth sempena Mejar Jeneral William John Butterworth. William ialah Gabenor Negeri-negeri Selat ketika Butterworth dirasmikan pembukaannya.

Selain Butterworth, tempat-tempat lain di Pulau Pinang yang menggunakan istilah ini ialah Bagan Ajam, Bagan Dalam dan Bagan Belat. Terdapat Bagan Datuk, Bagan Serai dan Bagan Tiang di Perak manakala di Selangor adalah Bagan Lalang serta Bagan Nakhoda Omar.

2. Klian

Sumber: Orang Perak

Untuk pengetahuan anda, klian adalah lombong. Nama lama Taiping dan Kamunting di Perak ialah Klian Pauh dan Klian Baru. Selain Taiping dan Kamunting, terdapat satu lagi tempat di negeri itu yang menggunakan perkataan klian iaitu Klian Intan.

3. Changkat

Sumber: Foursquare

Changkat ialah tanah yang agak tinggi atau bukit kecil. Terdapat beberapa tempat yang menggunakan istilah ini dalam nama mereka seperti Changkat Duta di Kuala Lumpur, Changkat Jong dan Changkat Jering di Perak, Cangkat Dumbar di Pulau Pinang serta Changkat Jawi di Perlis.

4. Batang

Sumber: KLIA2.Info

Batang dalam bahasa klasik ialah sungai. Atas sebab itu, terdapat beberapa tempat yang menggunakan perkataan ini di dalam nama mereka seperti Batang Kali di Selangor dan Batang Benar di Negeri Sembilan.

5. Guar

Membawa maksud anak bukit, beberapa tempat yang menggunakan istilah ini adalah Guar Chempedak dan Guar Napai di Kedah, Kampung Guar Nangka dan Kampung Guar Sanji di Perlis serta Taman Guar Perahu di Pulau Pinang.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: