Ini 5 Jenis Haiwan Menarik Yang Memiliki Superpower

Biasa kita dapat lihat adiwira yang memiliki kuasa luarbiasa atau lebih dikenali sebagai superpower dalam filem sahaja dan ia hanyalah rekaan semata.

Namun, sesetengah haiwan sebenarnya mempunyai superpower secara semulajadi.

Berikut kami kongsikan enam jenis haiwan yang memiliki superpower:

1.Sloth

Sumber: Insider

Haiwan ini mungkin dilihat agak teruk dari segi kelajuan pergerakan, namun ia sebenarnya memiliki kuasa tersendiri.

Dicipta secara biologi untuk jatuh dari pokok, sloth boleh terselamat dari hampir kesemua jenis luka.

Haiwan ini dapat pulih dari kecederaan yang boleh membunuh haiwan-haiwan lain. Keupayaan ini membuatkan sloth dijadikan fokus kepada kajian saintifik.

Selain itu, rekahan berongga pada bulu-bulu sloth juga membolehkan pelbagai jenis alga dan kulat tumbuh sekitar bulu haiwan tersebut, yang membuatkannya kelihatan hijau.

Kulat tertentu yang hidup dalam bulu sloth ini aktif melawan bakteria, barah dan juga parasit.

2. Rusa tundra

Sumber: Iluminasi

Rusa tundra merupakan spesis rusa dari wilayah tundra dan subarktik di Eurasia dan juga Amerika Utara yang mempunyai keupayaan kelihatan yang hebat.

Ia mampu mengubah penglihatan dalam keadaan pencahayaan berbeza di mana penglihatannya mampu diperluaskan kepada ultraviolet dekat (UV).

Superpower tersebut membolehkan ia menggunakan cahaya musim sejuk yang kaya dengan UV dalam cuaca gelap.

Mata rusa ini akan bertukar menjadi biru gelap pada musim sejuk manakala pada musim panas pula, mata haiwan ini akan menjadi kuning keemasan.

Daya penglihatan yang cukup hebat ini membantu rusa mengesan dan mengelakkan diri daripada pemangsa pada musim sejuk.

3. Sotong

Sumber: Iluminasi

Kuasa yang dimiliki oleh haiwan ini mungkin antara kuasa yang paling menarik, malah diingini oleh manusia.

Sotong mempunyai keupayaan untuk membuatkan dirinya tidak kelihatan bagi mata makhluk lain.

Ia dapat mencacatkan rupa sendiri dan menyamar jadi bentuk akuatik dalam persekitarannya bagi menyembunyikan diri daripada pemangsa.

Para penyelidik sangat kagum dengan kemampuan unik sotong ini yang mampu bersembunyi di sebalik warna dan tekstur persekitarannya.

Sotong mengawal penampilannya dengan tindakan langsung neuron pada kulit.

4. Kelawar

Sumber: Iluminasi

Haiwan ini memiliki deria keenam, ketujuh dan kelapan yang terdiri daripada ekolokasi, geomagnetisme dan polarisasi.

Kuasa ekolokasi digunakan untuk menentukan lokasi objek dengan menggunakan bunyi dipantulkan dan membolehkan ia bergerak, memburu, mengenal pasti rakan dan musuh dalam kegelapan.

Kelawa menggunakan deria geomagnetik sebagai kompas bagi menavigasi jarak jauh untuk penghijrahan.

Tambahan pula, haiwan ini dapat melakukan penglihatan terpolarisasi di mana ia dapat melihat matahari di langit walaupun matahari dilindungi awan mendung atau ketika matahari terbenam.

5. Timun laut

Sumber: Iluminasi

Timun laut atau lebih dikenali sebagai gamat sebenarnya mampu menjana semula organ dalam badannya.

Ia boleh mengecutkan otot dan mengeluarkan beberapa organ dalaman dari bahagian punggung.

Haiwan ini turut membunuh musuhnya melalui punggungnya dan organ-organ yang ‘diberak’ tersebut kemudiannya dihasilkan semula.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: