Ini 4 Cara Pelik Pelakon Hollywood Hayati Watak Lakonan Mereka

Para pelakon yang hebat biasanya akan membuat kajian terlebih dahulu tentang cara bercakap, berjalan atau berkelakuan seperti watak yang mereka akan bawakan dalam filem ataupun drama terbaharu.

Walau bagaimanapun, terdapat satu kaedah yang para pelakon gunakan iaitu method acting untuk menjiwai watak mereka. Kami kongsikan empat pelakon yang melakukan perkara di luar dugaan untuk menjiwai watak mereka.

1. Jared Leto

Terkenal dengan kaedah lakonannya yang gila, Jared Leto berpura-pura tidak boleh berjalan seperti wataknya iaitu Dr. Morbius ketika penggambaran filem Morbius.

Walaupun tidak mempunyai penggambaran, Jared juga menggunakan tongkat untuk berjalan. Pihak produksi terpaksa menyediakan kerusi roda untuk Jared kerana aktor itu akan mengambil masa yang lama untuk ke tandas dengan menggunakan tongkat.

Selain Morbius, Jared yang melakonkan watak Joker dalam filem Suicide Squad hanya akan memberikan respons jika dipanggil dengan nama Mistah J sahaja.

Ini kerana Jared berkata watak Joker ialah seorang individu yang tidak menghormati orang lain dan dia perlu menjiwai watak itu dengan sebaik mungkin.

2. Ashton Kutcher

Sumber: The Verge

Ashton Kutcher telah diberi kepercayaan untuk membawakan watak pengasas syarikat gergasi Apple iaitu Steve Jobs dalam filem Jobs (2013).

Mendiang Steve Jobs terkenal sebagai seorang fruitarian yang hidup dengan diet buah-buahan. Untuk menjiwai watak Steve, Ashton turut menjadi fruitarian yang menyebabkan dia dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali.

Isteri Ashton iaitu Mila Kunis turut berkata terdapat suatu masa Ashton hanya memakan anggur sahaja sebagai dietnya dan aktor itu akhirnya dimasukkan ke hospital kerana menghidapi keradangan pankreas.

3. Leonardo DiCaprio

Sumber: Vanity Fair

Ketika penggambaran The Revenant (2015), Leonardo membawa watak seorang pemburu pada abad ke-19. Demi menjiwai wataknya, Leonardo tidur di dalam bangkai haiwan dan sering kesejukan sehingga hampir diserang hipotermia (keadaan suhu badan yang jauh lebih rendah daripada paras normal).

Walaupun merupakan seorang vegetarian yang mengamalkan diet sayur-sayuran ketat dalam kehidupan sebenar, Leonardo sanggup memakan daging lembu mentah supaya dapat membawa watak Hugh Glass dengan sebaik mungkin.

4. Tom Hanks

Sumber: Den of Geek

Dalam filem Cast Away, Tom Hanks membawa watak Chuck Noland yang terkandas di sebuah pulau dan terpaksa berusaha untuk meneruskan hidup sebelum diselamatkan oleh orang lain.

Tom menurunkan berat badannya secara mendadak sebanyak 25kg untuk watak Chuck dan dipercayai tidak mahu mandi sepanjang penggambaran berjalan.

Penggambaran filem itu terpaksa ditangguhkan selama tiga minggu selepas Tom dimasukkan ke hospital kerana jangkitan pada luka di kakinya.Jangkitan itu menjadi lebih teruk kerana keadaan Tom yang kotor kerana dia tidak mandi.

Pada pendapat anda, apakah kaedah method acting yang paling tidak masuk akal pernah para pelakon lakukan untuk menjiwai watak mereka?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: