Ini 3 Wilayah Negara Lain Dituntut Kerajaan China

China bersempadan dengan 14 buah negara berbeza pada ketika ini. Namun, tahukah anda China melakukan tuntutan ke atas 23 sempadan negara berbeza termasuk Malaysia sehingga ke hari ini?

Kami kongsikan tiga tuntutan lain melibatkan China yang diusahakan sama ada secara halus atau terbuka menerusi artikel ini:

1. Ladakh, India

brown temple near mountain during daytime

Untuk pengetahuan anda, China masih menuntut dua buah wilayah iaitu Aksai Chin/Ladakh dan Arunachal Pradesh di India.

Kerajaan China menuntut kawasan Aksai Chin ataupun lebih dikenali sebagai Ladakh oleh masyarakat India di wilayah Jammu dan Kashmir ini selepas satu garisan sempadan yang dibentuk pada tahun 1865 meletakkan Ladakh sebagai sebahagian daripada wilayah Kashmir.

Selepas beberapa perubahan garis sempadan, India menamakan kawasan itu di bawah jajahan mereka selepas mencapai kemerdekaan pada 1947 manakala China pula menganggap Aksai Chin ini sepatutnya berada di bawah wilayah pemerintahan autonomi Xinjiang.

2. Arunachal Pradesh, India

China dan India menuntut Arunachal Pradesh dengan kerajaan China melakukan tuntutan ke atas sebuah kawasan bernama Tawang yang terletak di wilayah tersebut.

China menganggap sejarah Tawang ini sepatutnya melayakkan kawasan tersebut untuk menjadi sebahagian daripada Tibet dan diletakkan di bawah pemerintahan mereka.

Hal ini demikian kerana Tawang sangat penting untuk penganut agama Buddha kerana ia menempatkan tokong kedua terbesar di dunia.

Ia juga menyimpan ribuan teks lama agama berkenaan dan satu tugu Buddha setinggi 27 kaki di Tawang dibina sebagai mercu tanda kawasan berkenaan.

3. Pidan-som, Korea Utara

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

China merupakan rakan dagang utama Korea Utara dan ia merupakan salah satu sebab kedua-dua negara ini cuba mengamalkan perkongsian sempadan untuk menangani konflik berlarutan dengan lebih panjang.

Mengikut sejarah, pulau ini pada awalnya diduduki oleh orang China sebelum ia jatuh ke tangan Korea semasa era kolonisasi Jepun. Selepas Perang Korea tamat pada 1953, kerajaan Korea Utara menawarkan pulau tersebut pada China.

Korea Utara mahu menawarkan pulau tersebut sebagai hadiah atas bantuan yang diberikan pasukan tentera sukarelawan China yang berada di situ kepada mereka.

Walau bagaimanapun, Korea Utara hanya sekadar berjanji tetapi tidak menunaikannya. Korea Utara sebaliknya membuat perancangan untuk menubuhkan wilayah Sindo bagi menyatukan semua kawasan di bawah satu pemerintahan.

Perancangan Korea Utara bermula pada penghujung era 1960-an ini juga menyebabkan rakyat yang menunggu kawasan mereka dikembalikan kepada Beijing selama ini terpaksa dipindahkan keluar kerajaan China.

Beijing menganggap tindakan Korea Utara ini melanggar perjanjian sempadan kerana pulau itu sepatutnya dikongsi bersama-sama. Apa-apa pun, wilayah Sindo selamat dibuka pada tahun 1991 dan kerjasama kedua-dua negara dalam penggunaan sempadan itu untuk kegiatan ekonomi telah dimeterai pada tahun 2011.

Semoga tuntutan kerajaan China ini boleh diselesaikan dalam kadar segera.

Sumber: