Bagi mengesan dan mengelak penipuan melibatkan pemalsuan ijazah, Universiti Sains Islam Malaysia telah membangunkan sebuah aplikasi yang dapat mengesan ijazah palsu. Berasaskan teknologi ‘blockchain’, aplikasi ini yang dinamakan sebagai Tasdiq Al-Syahadah (TAS) mampu mengesan ketulenan skrol graduan yang dikeluarkan oleh USIM.

Menurut Naib Caunselor USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin, pembangunan aplikasi ini adalah satu usaha daripada USIM bagi menjaga reputasi dan integriti sijil akademik universiti dengan mencegah penipuan ijazah palsu.
Aplikasi tersebut dibangunkan oleh kepakaran dalaman USIM sendiri dan kos pembangunan untuk aplikasi itu sangatlah rendah. Ia diterajui oleh Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Pusat Pemabangunan Sistem dan Kejeruteraan (SDEC) USIM dengan kerjasama iExploTech dan Sekeretriat Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (IPTM) DLT Network.
Mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi, hanya dengan kebenaran daripada graduan terlebih dahulu, maklumat berkenaan skrol digital mereka mampu dikongsi oleh TAS.
Dan bagi menjamin ketulenan dan keselamatan aplikasi TAS ini, USIM telah mengambil langkah untuk menggunakan perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (Gamma) yang menempatkan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh mana-mana agensi kerajaan secara berpusat sebelum dimuat naik ke Google Play Store.
Tambah Dr Hammah Farhi Mohd Saudi, bermula hari Selasa, bakal majikan atau pihak yang berkaitan bolehlah muat turun aplikasi TAS USIM di Google Play Store untuk kegunaan mereka.

Bagi pengguna selain android sepeti iOS atau Windows, versi web untuk TAS USIM ini masih sedang dalam pembangunan dan dijangka selesai sebelum hujung tahun ini, kata beliau.
Apa pendapat anda mengenai aplikasi yang dicipta USIM ini? Adakah universiti lain juga harus mengambil langkah yang sama bagi mencegah pemalsuan ijazah serta menjaga integriti sijil itu sendiri?
Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan anda boleh klik pada pautan di bawah: