Ikan Bakar Persis Tepi Laut, Sisik Medan Ikan Bakar Tempat Makan Best Seisi Keluarga Untuk Pilihan Seafood Segar

Dengan aneka pilihan makanan laut segar dan berkualiti tinggi, Restoran Sisik Medan Ikan Bakar, Shah Alam menawarkan pengalaman makan terbaik buat seisi keluarga. Anda tidak perlu lagi merantau jauh ke pantai timur atau serata negara untuk menikmati hidangan seperti ikan bakar di tepi laut berserta seafood yang sedap dan menyelerakan.

Sebelum ini, kami juga pernah menulis mengenai keistimewaan restoran ini dalam masakannya yang membuktikan Sisik Medan Ikan Bakar sebagai salah sebuah lokasi tempat makan paling best di Shah Alam. Bagi sesiapa yang berniat untuk berkunjung bersama keluarga dan sanak-saudara, Sisik Medan Ikan Bakar semestinya pilihan yang tepat.

Kemudahan Lokasi

Kontra daripada rasa sajiannya yang fresh dan enak macam di tepi laut, lokasi sebenar restoran ini terletak di atas bukit. Sisik Medan Ikan Bakar berada dalam Kelab Shah Alam Selangor di Seksyen 13.

Istimewa buat pengunjung restoran sahaja, kemasukan ke Kelab Shah Alam ini adalah percuma dengan kemudahan khas tempat letak kenderaan yang sangat luas.

Ruang Makan Besar Dan Selesa

Dalam satu masa, Restoran Sisik Medan Ikan Bakar boleh memuatkan sehingga 1,000 orang. Ia memberi keselesaan buat semua pelanggan untuk duduk di meja atau berlegar di sekitar ruang restoran.

Keutamaan diletakkan pada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan orang ramai dapat meluangkan masa tanpa perlu bimbang akan keselamatan ahli keluarga terutama buat mereka yang bawa anak kecil dan warga emas.

Bukan itu sahaja, restoran ini juga menyediakan dua bahagian makan yang terdiri daripada ruang terbuka (tanpa bumbung) dan tertutup. Kelebihannya di waktu malam, pengunjung dapat melihat pemandangan menarik dan memukau bandar Shah Alam dari atas bukit. Selain menikmati keindahannya, anda turut boleh menjamu selera sambil dibelai angin malam yang menyegarkan.

Aneka Menu Menarik Dengan Harga Mesra Poket

Walaupun berpusat di lokasi mewah, Sisik Medan Ikan Bakar mengekalkan harga yang setanding dengan mutu dan kualiti masakan berserta servis yang ditawarkan. Rata-rata pelanggan yang hadir turut berpuas hati dengan pengalaman yang mereka rasai.

Pilihan makanan laut yang disajikan di restoran ini memang tidak dapat dinafikan kesegarannya. Tengok sahaja pada saiznya pun sudah cukup memuaskan. Di sini, pelanggan perlu memilih sendiri jenis makanan laut yang diingini untuk dipadankan bersama aneka masakan yang unik dan asli di Sisik Medan Ikan Bakar.

Berikut adalah beberapa menu paling top dan terbaik yang sentiasa menerima pesanan pengunjung di medan ikan bakar ini.

1. Telur Mayong Asam Pedas

Telur ikan mayong yang dibawa segar dari jeti, rasa hidangan ini boleh buat anda terngiang-ngiang. Saiz telur ikan yang dipilih sememangnya besar dan apabila dimasak, teksturnya akan menjadi lembut dan agak kenyal ketika dikunyah.

Dengan resipi asam pedas asli dari Johor, keenakan dan kepekatan kuahnya memang padu di mulut dan menambat selera sesiapa sahaja.

2. Sotong Bakar Madu

Sajian dengan rasa yang unik ini susah dijumpai di restoran lain. Masakannya disediakan daripada salutan madu yang digandingkan bersama sambal pedas dan air asam khas di Sisik Medan Ikan Bakar.

Bila dikunyah, ia memberi keseimbangan dalam rasa pedas-pedas manis yang tak ganjil pada tekak. Untuk hidangan keluarga, sangatlah sesuai bagi selera dewasa mahupun kanak-kanak. Menu ini sentiasa menjadi permintaan tinggi pelanggan yang hadir ke sini dan turut menjadi personal favourite kami.

Kalau makan seorang memang tak habis sebab saiz sotong yang digunakan boleh dikatakan gergasi. Jadi, lebih baik datang bawa famili beramai-ramai untuk kongsi keenakan rasanya bersama.

3. Ikan Bakar Tempoyak

Selari dengan nama Restoran Sisik Medan Ikan Bakar, semestinya hidangan ikan bakar menjadi kepakaran istimewa di sini. Anda boleh lihat pelbagai seleksi ikan segar sama ada ikan laut atau ikan air tawar.

Kaedah penyediaan ikan bakar juga adalah sangat teliti dengan masa dan suhu masakan bagi mengekalkan rasa tekstur ikan supaya tidak terlalu keras dan garing.

Menu tempoyak di sini dihasilkan daripada pes asli dengan menggunakan kombinasi masakan orang Negeri Sembilan dan Pahang untuk memberi rasa pekat dan berlemak yang autentik.

Dibakar dengan cukup rempah dan cukup rasa, ikan bakar tempoyak ini akan memberi kelainan dalam konsep sajian ikan bakar tepi laut.

Buskers

Setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) akan diadakan nyanyian buskers yang menaikkan lagi seri perkarangan restoran. Para pengunjung boleh menjamu juadah bersama keluarga sambil ditemani alunan muzik secara live yang menghiburkan suasana makan malam. Penat lelah dan masalah pun boleh hilang sejenak bila layan persembahan spesial ini.

Event dan Booking

Anda boleh membuat sebarang tempahan awal untuk mana-mana majlis istimewa di Sisik Medan Ikan Bakar. Tema restoran ‘family-friendly’ merupakan kelebihan lain yang pengunjung dapat peroleh selain ketersediaan hidangan ikan bakar tepi lautnya.

Jika anda berkunjung pada hujung minggu, anda dapat melihat ada pelanggan yang hadir bagi menyambut hari istimewa seperti hari jadi, hari ulang tahun, atau mengadakan majlis khas lain di sini.

Bagi kami, ia menimbulkan suasana yang menghiburkan kerana kami boleh sama-sama merasai kegembiraan orang lain bersama keluarga tersayang.

Sisik Medan Ikan Bakar telah beroperasi secara konsisten setelah lapan tahun membina pengalaman bisnes dan merangkul kepercayaan orang ramai yang datang dari pelbagai tempat dan latar belakang untuk menikmati resipi turun-temurun juadah ikan bakar dan seafood sedap mereka.

Jadi, buat anda yang ada rancangan untuk membawa keluarga tersayang mencuba sajian ikan bakar ala percutian di restoran tepi laut dengan pilihan menu makanan laut yang sedap sehingga buat anda rambang mata, bolehlah terus berkunjung ke Sisik Medan Ikan Bakar ini.

Alamat

No. 1A, Jalan Aerobik 13/43, Persiaran Kayangan, Seksyen 13, 40700 Shah Alam, Selangor.

Waze: SISIK Medan Ikan Bakar

Waktu Operasi

Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat: 5 petang – 12 malam

Sabtu, Ahad dan pada cuti umum: 12 tengah hari – 3 petang, 5 petang – 12 malam

Selasa: Cuti

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut, anda boleh WhatsApp di nombor +6016-224 0474 atau kunjungi laman web Sisik Medan Ikan Bakar di sisikikanbakar.com.

Ikuti juga laman media sosial Restoran Sisik Medan Ikan Bakar di bawah untuk maklumat lain dan bagi ketahui sebarang promosi istimewa yang bakal berlangsung.

Facebook: https://www.facebook.com/restoransisik/

Instagram: https://www.instagram.com/sisikmedanikanbakar/

Website: https://sisikikanbakar.com/

Klik pautan artikel di bawah untuk baca perkongsian topik makanan dan tempat makan menarik lain yang boleh anda kunjungi: