Hukum Guna Kecerdasan Buatan Untuk Hasilkan Gambar, Ini Respons Ustaz Azhar Idrus

Kehadiran platform penghasilan gambar berasaskan kecerdasan buatan (AI) berjaya mencuri perhatian orang ramai kerana pelbagai foto menarik yang boleh dihasilkan dengan input teks sahaja.

Menerusi satu video di YouTube, penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjawab persoalan yang dilontarkan oleh orang awam dengan memberikan pandangannya berhubung platform penghasilan gambar berasaskan AI dari segi agama.

Sekiranya anda menonton video itu, beliau menjawab dua persoalan dilontarkan iaitu hukum penggunaan AI untuk menghasilkan lukisan seorang model dan juga individu yang sudah meninggal dunia.

Hukum guna AI untuk hasilkan lukisan model dan individu yang sudah meninggal dunia

Sumber: The Vocket

Untuk persoalan pertama, anda diharuskan membuat lukisan manusia untuk tujuan baik seperti mempromosi bisnes baju kurta dan seumpamanya tetapi hukumnya berubah menjadi haram sekiranya gambar tersebut digunakan bagi tujuan maksiat.

Bagi persoalan kedua pula, anda masih dibenarkan mencipta atau melukis gambar seseorang ikon yang sudah meninggal dunia untuk tujuan kebaikan kerana hukumnya adalah harus.

Sekiranya anda menjadikan individu tersebut dalam keadaan hina, hukumnya adalah haram menurut sisi Islam. Gambar-gambar yang boleh menimbulkan fitnah atau aib juga ditegah daripada dihasilkan menerusi AI kerana ia boleh memecahbelahkan silaturrahim di dalam masyarakat.

Anda boleh melukis benda hidup sekiranya ia bertujuan untuk pembelajaran malah sebaiknya melukis gambar benda yang tidak bernyawa. Walau bagaimanapun, ia haram bagi mereka yang melukis untuk sekadar suka-suka sahaja.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang melukis atau mengukir gambar sesungguhnya Allah SWT akan mengazabnya sehingga (jika disuruh) meniupkan roh ke dalam gambar tersebut, dia tidak mampu berbuat sedemikian selama-lamanya (Riwayat Bukhari).”

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: