Hidup Di Hutan Sejak Kecil, ‘Tarzan’ Vietnam Ini Tidak Kenal Kaum Wanita

Tarzan vietnam tidak kenal Kaum wanita

Bolehkah anda hidup tanpa telefon bimbit, WiFi atau akaun Netflix di zaman kini? Tarzan Vietnam ini pastinya mampu kerana beliau tinggal di hutan sejak berusia dua tahun dan tidak pernah mengetahui kewujudan kaum wanita.

Kenali Ho Van Lang yang tinggal bersama ayahnya, Ho Van Thanh selama 41 tahun di hutan tebal Tay Tra, Vietnam.

Thanh membawa anaknya tinggal di hutan setelah isteri dan dua lagi anak lelakinya terbunuh dalam Perang Vietnam pada tahun 1972.

Mereka dijumpai oleh penduduk tempatan pada tahun 2013 dan kini perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan tamadun moden.

Terdahulu, dua beranak ini hidup dengan memburu haiwan, terutamanya tikus sebagai makanan utama dan tinggal di rumah pokok. 

Selain itu, mereka memakai pakaian diperbuat daripada kulit pokok dan serpihan bom bukan saja dijadikan senjata pemburuan malah aksesori. 

Sumber: Docastaway

Pada 2015, Alvaro Cerezo, pengarah Docastaway, sebuah syarikat pelancongan yang khusus dalam percutian di tempat terpencil dalam dunia berjumpa Lang untuk sebuah dokumentari

Pada asalnya Alvaro mahu bertanya mengenai teknik survival yang diguna mereka ketika tinggal di hutan.

Akan tetapi, mereka telah meluangkan masa bersama selama lima hari di dalam hutan di mana tempat Lang membesar. 

Menurut Alvaro, Lang langsung tidak tahu kewujudan kaum wanita kerana ayahnya tidak pernah bercerita mengenai perkara tersebut semasa di hutan.

Sumber: Docastaway

Bukan itu saja, disebabkan hal tersebut, Alvaro berpendapat Lang mengalami masalah seksual. 

“Saya boleh katakan Lang tidak pernah mempunyai nafsu syahwat walaupun sedikit. Naluri seksualnya seolah-olah tiada,” nyata Alvaro dipetik dari Docastaway.

Tambanya lagi, Lang mengalami masalah untuk mengenal pasti perbezaan di antara kaum lelaki dan kaum perempuan.

Difahamkan, Lang tiada masalah semasa hidup di hutan namun kesihatan ayahnya semakin merosot. 

Beberapa tahun terakhir di hutan, Lang hidup dalam kerisauan dan berjaga sepanjang malam kerana takut bapanya hilang kesedaran.

Dikatakan, warga emas tersebut masih lagi dalam trauma dan percaya peperangan yang meragut nyawa keluarganya masih lagi sedang berlaku.

Untuk baca artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah: