Seorang bapa di China sanggup membina makmal bagi menghasilkan ubat buatan sendiri untuk anak lelakinya.
Haoyang berusia dua tahun mengalami Sindrom Menkes iaitu masalah genetik yang sangat jarang berlaku.
Pakar mendakwa bayi tersebut hanya mempunyai beberapa bulan sahaja lagi untuk hidup. Tambahan pula, tiada bekalan ubat yang dapat dicari sekitar negaranya. Hal ini kerana sindrom tersebut jarang ditemui serta tidak mendapat perhatian syarikat-syarikat farmasi.
Manakala pandemik COVID-19 ini juga mengakibatkan mereka sukar untuk mendapatkan bantuan dari luar negara.
Xu Wei terpaksa membuat keputusan untuk melakukannya sendiri. Dia yang hanya berpendidikan sekolah menengah sanggup mempelajari kimia supaya dapat menghasilkan ubat anaknya.
Walaupun ramai orang sekelilingnya tidak bersetuju dengan perkara ini namun Xu Wei tidak berputus asa dan meneruskan kajian.
Dia berjaya menghasilkan boto histidin kuprum yang pertama kira-kira selepas enam bulan dia memulakan projek ini.
Hasil campuran kumprum klorida dihidrat dengan histidin, natrium hidroksida dan air dapat membentuk sebahagian daripada sebatian yang tiada dalam badan Haoyang.
Pada awalnya bahan tersebut diuji pada arnab dan kemudian disuntik pada dirinya sendiri. Setelah mendapati tiada sebarang kesan sampingan jadi dia mula memberikan ubat tersebut kepada anaknya.
Selepas dua minggu rawatan, ujian darah Haoyang kembali normal menunjukkan perubahan yang positif. Xu Wei mengakui bahawa ubat ini hanya melambatkan penyakit Haoyang ketika ini tetapi dia masih berazam untuk mengubati anaknya.
Kisah Xu Wei turut berjaya menarik perhatian sebuah makmal bioteknologi antarabangsa yang dikenali sebagai VectorBuilder.
Kini syarikat makmal itu melancarkan penyelidikan untuk beberapa bulan akan datang berkenaan terapi gen ke Menkes dengan ujian klinikal serta ujian ke atas haiwan.
Sejak kisah mereka mula tular, ramai keluarga di China merayu kepada Xu Wei untuk mengubati orang yang tersayang. Akan tetapi telah ditolak atas sebab undang-undang hanya membenarkan Xu Wei mengubati anaknya sahaja.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: