Hamzah Zainuddin Setiausaha Agung Bersatu Yang Baharu

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu.

Senario semasa ini memperlihatkan, Bersatu kini mempunyai dua Setiausaha Agung, dengan masing-masing menyokong Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden parti itu yang juga merupakan Perdana Menteri.

Menurut Dr Mahathir, pemecatan Marzuki sebagai Setiausaha Agung pada 18 Mac lalu tidak sah kerana tidak memenuhi peraturan parti berkenaan.

Hamzah dilantik bagi menggantikan Senator Datuk Wira Marzuki Yahya yang telah diberhentikan daripada jawatan setiausaha agung parti berkuat kuasa 18 Mac lepas. 

Perdana Menteri, Tan Sri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Marzuki atas khidmat beliau sebagai setiausaha agung. Beliau juga mengucapkan selamat bertugas kepada Hamzah.

Hamzah merupakan Ahli Parlimen Larut yang keluar daripada UMNO dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sebelum menyertai Bersatu.

Pada 18 Mac lalu, Datuk Marzuki Yahya dipecat sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa dan surat surat makluman pemecatan itu ditandatangani Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan tindakan berkenaan selaras dengan Fasal 13.9 perlembagaan parti terbabit.

Sebelum ini walaupun berada dalam parti yang sama, Muhyiddin dan Mahathir didakwa berselisih pendapat susulan ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan membawa Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri.

Muhyiddin mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen Bersatu bersama beberapa pemimpin yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan membentuk kerajaan Persekutuan bersama UMNO, Pas dan Gabungan Parti Sabah (GPS).

Sementara itu, Mahathir pula mendapat sokongan kumpulan anggota Bersatu yang lain termasuk beberapa ahli Parlimen antaranya Dr Maszlee Malik dan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.