Setiap suku memiliki tradisi atau ritual masing-masing untuk menyambut anak lelaki yang sudah masuk ke alam dewasa.
Salah satu suku yang melakukan tradisi tersebut ialah suku Satere Mawe yang merupakan suku asli yang berasal di hutan Amazon, Brazil.
Bagi memastikan anak lelaki telah memasuki usia dewasa, mereka harus menjalani ritual yang menyakitkan selama 11 jam iaitu dengan cara memasukkan tangan ke dalam sepasang sarung tangan yang diisi dengan ratusan semut peluru.
Semut peluru dikenali dengan gigitan yang sangat menyakitkan dan dapat ditemukan di sekitar Nikaragua sehingga kawasan Amazon.
Dengan panjang tubuh serangga tersebut yang berukuran 18 hingga 25 milimeter, semut ini disebut sebagai salah satu semut yang terbesar dan digelar semut peluru kerana gigitan yang sangat kuat.

Sebelum ritual bermula, tangan remaja lelaki yang akan diuji kelelakiannya ini akan dioles dengan arang untuk mencegah daripada sengatan semut peluru walaupun pada hakikatnya, cara itu tidak efektif sama sekali.
Setelah selesai menyapu arang, kedua-dua tangan akan dimasukkan ke dalam sarung tangan yang dianyam daripada daun sehingga paras siku.
Tangan yang telah dimasukkan ke dalam sarung tangan itu harus didiamkan selama 10 minit dan diulang sebanyak 20 kali.
Seusai itu, para ketua adat akan mula berdoa dan menari bersama sementara menunggu ritual tersebut selesai.
Sengatan semut peluru ini mampu menyebabkan rasa sakit hingga 24 jam lamanya. Rasa sakit dari gigitan semut peluru akan terasa panas seperti luka kebakaran.
Bukan itu sahaja, racun yang dikeluarkan oleh semut peluru juga mampu untuk membuatkan remaja lelaki tersebut lumpuh untuk sementara waktu.
Lebih mengerikan, bagi sesetengah orang, rasa sakitnya mampu terasa hingga berminggu-minggu lamanya. Kebanyakan daripada mereka juga menangis dan pengsan akibat tidak dapat menahan rasa sakit sengatan semut peluru.
Ritual itu dikatakan akan diulang berkali-kali sehingga remaja lelaki itu tidak lagi menangis dan dapat menahan rasa sakit daripada sengatan tersebut. Sesiapa yang dapat menahan rasa sakit itu dianggap sesuai untuk menjadi seorang ketua.
Gigitan dari semut peluru mampu untuk membunuh orang dewasa dan dikatakan 30 kali ganda lebih menyakitkan berbanding sengatan lebah.
Meskipun begitu, suku Satere-Mawe ini masih mengamalkan dan mempertahankan tradisi tersebut demi membuktikan kekuatan seorang remaja lelaki yang beranjak dewasa.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: