Golden Boy Berharga RM24,718, Burger Ini Paling Mahal Di Dunia

golden-boy-berharga-rm-24718-burger-ini-paling-mahal-di-dunia

Salah satu makanan Barat yang tersangat popular sehinggakan menjadi antara makanan ruji di Malaysia adalah burger. Anda boleh melihat makanan ini dijual di merata-rata tempat termasuklah di tepi jalan dengan harga yang berpatutan hari ini.

Namun, sanggupkah anda membayar harga melebihi RM25,000 untuk makan burger?

Ya, ini adalah harga burger termahal di dunia. Ia dihasilkan di Belanda dan dijual kepada syarikat konglomerat Remia yang berpangkalan di Belanda dengan harga RM24,718.

Di samping itu, hasil penjualan akan disumbangkan kepada bank makanan tempatan.

golden-boy-berharga-rm-24718-burger-ini-paling-mahal-di-dunia
Sumber: Thailand Daily

Burger ini mendapat jolokan “Golden Boy” dan ia merupakan cetusan idea Robbert Jan de Veen, iaitu seorang pemilik restoran Belanda, De Daltons.

Robbert Veen memberitahu bahawa dia ingin menawarkan bantuannya kepada mereka yang terjejas teruk disebabkan oleh pandemik COVID-19, katanya dalam satu temu bual.

Terdahulu, rekod burger termahal di dunia dihasilkan pada tahun 2011 oleh sebuah restoran di Orego, Amerika Syarikat. Malah, harganya dianggarkan sekitar RM21,000 dengan berat 352 kilogram.

Robbert terjumpa rekod termahal di dunia ketika dia sedang melayari internet. Walaupun dia merasakan ia sebagai sesuatu makanan biasa, Robbert memutuskan untuk menghasilkan burger yang lebih mahal daripada itu selain boleh dihabiskan oleh seorang individu sahaja.

“Sekiranya anda memiliki rekod seperti itu, anda harus menghasilkan burger yang boleh dimakan oleh seseorang. Kerana itulah burger yang paling mahal di dunia,” kata Robbert Veen.

Pada ketika ini restoran-restoran ditutup dan tiada persaingan makanan disebabkan pandemik yang melanda seluruh dunia.

Walaupun Robert berasa agak tertekan pada mulanya, namun penjualan makanan bawa pulang di restorannya masih beroperasi

“Saya merasa sedih apabila melihat penderitaan orang ramai selain keadaan industri restoran yang suram. Jadi, saya memutuskan untuk menghasilkan burger termahal di dunia serta menyumbangkan seluruh pendapatan dari penjualan burger ini untuk diberikan kepada masyarakat melalui badan amal,” tambahnya lagi.

Kira-kira 1,000 bungkusan makanan telah dibeli dan diedarkan kepada mereka yang memerlukan hasil daripada penjualan burger ini.

Robbert mengambil masa lebih dari 5 bulan untuk menghasilkan resepi Golden Boy ini. Ia juga melibatkan banyak eksperimen menggunakan pelbagai ramuan yang sangat mahal.

Justeru itu, Robbert mengambil masa hampir 9 jam untuk menyediakan Golden Boy ketika burger ini dijual.

Burger termahal ini terdiri daripada roti yang dihasilkan dengan menggunakan champagne Dom Perignon. Ia juga disaluti dengan daun emas, daging wagyu Jepun, ketam raja Alaska, 100% Iberico Vintage Jamon Joselito Bellota, truffle putih dan kaviar Beluga.

Selain itu, ia disaluti sos yang diperbuat daripada Kopi Luwak, wiski Rare Cask Maccalan serta mayonis kucai saffron salai dari telur itik.

Burger ini melalui proses pengapasan menggunakan wiski untuk menambah rasa pada proses yang terakhir.

“Oleh kerana roti burger ini disaluti dengan daun emas, maka jari anda akan menjadi keemasan selepas menghabiskan hidangan ini,” kata Robbert.

Penghormatan untuk memakan hidangan yang sangat enak dan termahal di dunia ini diberikan kepada Rober Willemse, iaitu Ahli Persatuan Makanan dan Minuman Diraja Belanda.

Dikatakan, Golden Boy tidaklah mempunyai saiz sebesar itu dan boleh dimakan dengan mudah menggunakan dua tangan. Ia juga sama seperti burger yang biasa kita makan.

Pada 28 Jun 2021, Golden Boy yang pertama telah dijual dan Robbert sedang mencari calon untuk pembeli Golden Boy Kedua.

Jika anda mahu menghabiskan RM24,718 untuk menikmati burger ini, anda perlu memesannya 2 minggu lebih awal dengan wang pendahuluan sebanyak RM3,150.

Sumber: Youtube

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: