Globalisme Is Dead

Antara hobi aku di masa lapang ialah menonton video geopolitik, terutamanya macam Caspian Report, GEOPOP atau apa-apa je George Friedman atau Peter Zeihan. 

Jadi baru-baru ni, alkisahnya sebuah kapal dagang tersangkut kat Terusan Suez, selama empat hari dah setakat ni, menyebabkan perdagangan petroleum terganggu. 

Ini menyebabkan kemarahan penduduk di Eropah, terutamanya macam Perancis yang dari awal berlaku rusuhan sebab kenaikan harga minyak (Yellow Vest Movement) dan kemelesetan ekonomi akibat COVID. 

Menurut apa yang Peter Zeihan cakap, dunia geopolitik yang bersifat globalis ni sebenarnya bermula sejak tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. 

Masa tu jugak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan, masa tu jugaklah sistem ekonomi Bretton Woods digunakan, dan masa itu Amerika jadi leader dalam usaha untuk mengekang kemaraan komunis yang dibawa oleh Soviet Union. 

Sebelum Perang Dunia Kedua, sistem ekonomi dunia adalah bersifat imperialis, iaitu negara yang kuat datang menjajah, dan kemudian bawa sumber tanah jajahan ke tanah air dan proses untuk menjadi produk. 

British, misalnya, walaupun jarak antara London dengan Batu Pahat 10,483 kilometer, tetapi kalau pergi Batu Pahat, kalau tengok bangunan lama dia ada yang bentuknya macam kat London. Rumah-rumah agam tepi jalan kat situ, diduduki oleh orang British. 

Boleh tanya Mohammad Salmin Mohamad tentang sejarah British kat Batu Pahat. 

Disebabkan idea-idea yang bermula dari pemberontakan Martin Luther terhadap gereja, kemudian wujud Protestant, yang membentuk pemikiran Anglo-Saxon, yang akhirnya membentuk pemikiran liberalisme dan kapitalisme, idea liberal demokrasi dianuti oleh kuasa besar dunia, Amerika Syarikat. 

Kalau kita borak dengan orang yang suka layan politik Amerika, orang tu mesti cakap Perlembagaan Amerika tu macam satu dokumen suci. 

Jadi doktrin liberal demokrasi ini disebarkan secara global oleh Amerika Syarikat, sebab di akhir Perang Dunia Kedua, satu-satunya kuasa besar imperialis yang masih wujud ialah Amerika Syarikat. 

Menurut Zeihan, akibat persaingan sesama imperialis Eropah, menyebabkan dua perang dunia, yang diakhiri oleh Amerika si gedebe besar. 

Semasa Perang Dingin, Amerika mengamalkan dasar containment, iaitu dasar mengepung pengaruh Soviet daripada tersebar ke seluruh dunia. 

Apabila berlakunya ombak nasionalisme dari kalangan negara-negara jajahan, imperialis Eropah hilang taringnya. Kekayaan Queen Victoria masa dulu sebenarnya datang dari keringat negara-negara yang dijajah. 

Ini menyebabkan negara-negara Eropah Barat bergabung pakatan tentera dengan Amerika Utara, membentuk NATO, untuk melawan Soviet. 

Selama 45 tahun, Perang Dingin berlangsung, Amerika menjaga kapal dagang negara lain supaya mereka semua menyokong Amerika dalam menentang Soviet, dan mengelakkan daripada Eropah bergaduh sesama sendiri lagi. 

Dalam erti kata lain, Eropah selama runtuhnya Tamadun Rom, tak pernahnya bersatu. Tetapi disatukan oleh negara luar Eropah iaitu Amerika Syarikat, untuk menyekat Rusia dari menyerang mereka. 

Tetapi selepas Soviet tumbang pada Krismas 1991, ada satu persoalan yang timbul. Soviet dan komunis dah hancur, sekarang nak buat apa? 

Maka pada masa itu Amerika mempunyai presiden yang paling power dalam hubungan diplomatik, dalam hal perisikan, dan dalam hal ehwal geopolitik, iaitu George HW Bush. 

Tetapi pada tahun 1992, George Bush tewas dengan Bill Clinton, yang menekankan isu-isu nasional seperti kenaikan cukai yang dinaikkan Bush. 

Sejak itu, Amerika melantik tiga presiden yang tak berminat, mungkin kurang pakar dalam hal ehwal antarabangsa. Bill Clinton kurang cekap menyekat kewujudan euro, George Bush Jr. buat perang di Timur Tengah, dan itu sahajalah polisi luar dia, dan kemudiannya Obama yang tidak disukai pemimpin luar macam Netanyahu dan Erdogan. 

Sampai Donald Trump, dia tukang rahaikan je sistem globalis ni. Tukang bawak sledgehammer, runtuhkan dinding yang dah mulai mereput.

Apabila Presiden Kamala Harris mengangkat sumpah pada Januari 2021 (Joe is a puppet), Amerika mewarisi sistem globalis yang telah punah. 

Nasionalis populis ni bukan muncul pada zaman Trump. Tapi dah berakar umbi sejak runtuhnya Tembok Berlin tahun 1989.

Satu positive side tentang globalisasi ialah tentang betapa meningkatnya teknologi manusia dalam sejarahnya. 

Bayangkan, 100 tahun lalu radio dianggap macam keajaiban dunia, sekarang radio tempat DJ radio buat lawak sendiri gelak sorang-sorang, sebab dah ada teknologi yang lebih canggih daripada radio, untuk menyebarkan maklumat. 

Ada member aku pro globalis pernah gunakan argument dalam handphone aku ni, ada lebih kurang 5,000 komponen yang dibuat oleh kilang yang berbeza dari 47 buah negara. 

Nak hasilkan satu telefon, diusahakan oleh 47 buah negara. Inilah kesan positif globalisasi – kerjasama pelbagai negara tanpa perlu berebut dan berperang macam kucing gedebe yang suka rampas ayam kucing lain. Semua berkongsi sumber seluruh dunia.

Tapi idea murni globalisasi masa dirangka seawal 1920an tu, ada sisi gelapnya. 

Perkara macam penerokaan tanah orang asli tanpa memikirkan adat resam oleh syarikat multinasional, soal memaksa negara-negara Asia dan Afrika untuk mengikut sistem liberal demokrasi yang adakalanya bercanggah dengan adat tempatan, menyebabkan munculnya golongan anti globalis ni. 

Demonstrasi anti globalis pertama berlangsung di Seattle pada tahun 1999, kemudian kemasukan China dalam WTO pada tahun 2001, mula tercetusnya tentang kesangsian penduduk dunia dengan sistem globalisme ini. 

Cuma lepas ini, apa? Apa akan jadi lepas globalisme ni berakhir? 

Entah, mungkin Malaysia akan jadi macam Melaka, atau Indonesia akan jadi macam Majapahit, mungkin India akan jadi Chola, China akan jadi sistem dinasti balik. Turki akan jadi Uthmaniyyah balik, just like old days. 

Dan Amerika akan kembali jadi just like old days, isolationist, tak ambik pot pasal dunia luar.