Gelombang Panas Di Australia, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Kebakaran hutan yang besar berlaku di Australia merupakan antara yang paling buruk, dengan kebakaran seluas 107,000 kilometer persegi (untuk perspektif, keluasan Semenanjung Malaysia ialah 130,000 kilometer persegi).

Kebakaran ini melibatkan 28 kem4tian, dengan 25 orang awam dan 3 anggota bomba disahkan terk0rban.

Keadaan di Mallacoota, Victoria, yang paling teruk dalam kebakaran ini.

Kebakaran ini melibatkan tiga negeri di Australia, iaitu Queensland, New South Wales dan Victoria.

Paling teruk berlaku di bandar Mallacoota, di sempadan Victoria-New South Wales, dengan penduduknya yang sejumlah 1,100 orang, terputus hubungan apabila satu-satunya jalanraya yang menghubungkan mereka dengan daerah lain di Victoria.

Pihak berkuasa terpaksa menggunakan kapal peronda, dan meredah asap yang tebal bagi menyelamatkan m4ngsa di pekan tersebut.

Dianggarkan setengah billion haiwan liar seperti beruang koala, kanggaru dan wombat m4ti akibat kebakaran ini.

Ramai yang meletakkan pemanasan global sebagai punca, namun punca utama ialah pembakaran terbuka serta pembukaan ladang yang tidak terkawal, disamping cuaca kering sejak Jun tahun lalu, mencetuskan kebakaran dalam musim panas ini.

Bagaimanapun banyak pakar iklim menafikan ini berkaitan dengan perubahan iklim (climate change). Antara faktor utama, menurut pakar iklim, ialah petir yang menyambar pokok yang kering dalam cuaca kering yang dalam kitaran biasa.

Polis Australia juga telah menangkap 183 orang kerana disyaki membakar hutan secara sengaja, termasuk kanak-kanak yang bermain api di luar rumah.

Selain itu, fenomena Indian Ocean Dipole yang melanda Australia (ia dikenali sebagai Indian Nino, kerana fenomena yang sama seperti El Nino di Lautan Pasifik) juga dikenalpasti antara punca cuaca kering yang menjadi punca kebakaran.

Jerebu teruk melanda beberapa bandar utama Australia, seperti Sydney, Brisbane, Gold Coast dan Canberra, dan ada sesetengah tempat seperti di Mallacoota, Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah sehingga 3000 mata.

Asap kebakaran tersebut dikatakan merebak sehingga ke New Zealand, kira-kira 2,000 kilometer dari tempat kejadian.

Australia, negara yang terletak di Hemisfera Selatan, mengalami musim panas dari Disember hingga Mac setiap tahun.

Beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Malaysia, Romania, Perancis dan Turki menghantar bantuan, sama ada dalam bentuk bantuan material, atau menghantar anggota bomba ke sana untuk memadamkan kebakaran.