Gara-Gara Pengasas Terima Anugerah, Amerika Syarikat ‘Blacklist’ Xiaomi

Pada pertengahan Januari lalu, beberapa buah syarikat dari China termasuk Xiaomi telah disenarai hitam oleh pentadbiran Donald Trump. Hal ini demikian kerana syarikat-syarikat berkenaan didakwa dimiliki oleh tentera China ataupun mempunyai hubungan baik dengan kerajaan komunis pimpinan Xi Jinping.

Memetik laporan The Wall Street Journal, pengasas Xiaomi iaitu Lei Jun telah menerima anugerah Outstanding Builder of Socialism with Chinese Characteristics.

Atas sebab itu, syarikat Xiaomi telah disenarai hitam oleh Amerika Syarikat. Sebagai respons terhadap syarikat telah disenarai hitam oleh Amerika Syarikat, Xiaomi tampil memberi penjelasan bahawa mereka sama sekali tidak menjalinkan apa-apa kerjasama dengan kerajaan China.

Dalam kenyataan yang sama, Xiaomi turut menjelaskan bahawa syarikat tersebut bukan sebahagian daripada tentera China seperti yang didakwa.

Sumber: Digit

Menurut Xiaomi lagi, pihak syarikat sudah pun mematuhi semua protokol dari segi undang-undang dalam operasi perniagaan mereka. Secara ringkasnya, pihak kerajaan Amerika Syarikat tidak mempunyai apa-apa bukti yang menunjukkan Xiaomi telah melanggar apa-apa protokol dari segi undang-undang.

Disebabkan ia telah menyebabkan saham syarikat jatuh mendadak, Xiaomi akan cuba sedaya upaya dari segi undang-undang untuk memulihkan semula semua kerosakan yang berlaku kerana tindakan tidak munasabah daripada pihak kerajaan Amerika Syarikat.

Xiaomi turut memfailkan tuntutan mahkamah untuk mencabar senarai hitam yang berlaku terhadap syarikat mereka di Amerika Syarikat tetapi bagaimana perbicaraan itu akan berakhir kekal menjadi tanda tanya. Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: