Pagi tadi, saya berfikir tentang bumi yang berputar dan mengelilingi matahari ini. Saya berfikir tentang musim panas, musim sejuk ni macam mana kan? Sekarang di Hemisfera Utara sudah mula masuk musim dingin, memandangkan lagu Krismas sudah mulai berkumandang.
Alam ni ada musim.
Ada musim panas, musim luruh, musim dingin, dan musim bunga.
Saya merupakan peminat tulisan mendiang Howard Strauss dan Neil Howe. Tajuk buku dia, The Fourth Turning.

Buku ni merungkai perangai manusia mengikut generasi. Generasi dibentuk berdasarkan keadaan politik, ekonomi dan sosial (ekoposial) semasa. Kalau membesar masa ekonomi tengah sedap, bila dah tua jadi spoilt brat.
Kalau membesar zaman susah dan tua kalau susah balik pun boleh struggle.
Generasi ni macam ikut nasib bila lahir. Kalau lahir zaman ekonomi mewah, bertuahlah. Macam menang loteri.
Di negara dingin, peratusan mati bayi ialah masa musim dingin. Bayi mati punya peratus akan meningkat masa ekonomi susah.
Kira yang lahir masa zaman ekonomi gawat ni, orangnya susah. Tapi jenis tak putus cari ikhtiar.
Hidup ni macam alam. Hidup ni, ada masa akan kuat liberal, akan ada masa zaman konservatif akan muncul. Ada masa hidup senang, ada masa hidup susah.
Rezeki yang Allah tumpahkan ikut musim ni dipanggil ekonomi.
Sekarang mungkin musim dingin. Musim sejuk. Memang masa untuk berlapar, bersempit dan menderita. Siapa tak simpan makanan masa musim panas dulu, nasib lah meringkuklah dalam kelaparan.
Kitaran hidup. Kitaran alam. Kitaran ekonomi.
Ada masa kita bersatu padu macam 1957, ada masa kita berpecah macam 1969. Sekarang kita rasa masyarakat kita berpecah, tapi masa Malaysia menang Piala Thomas pada tahun 1992, semua bersatu padu bergembira.

Satu masa nanti akan kembali ke era macam 1957 balik.
Ada masa kita akan jadi liberal, ada masa jadi konservatif. Saya suka kaji keputusan pilihan raya tahun2 lepas, tak kisahlah negara mana.
Sejak pilihan raya United Kingdom minggu yang lalu, ramai kolumnis liberal seperti di akhbar utama mereka seperti The Guardian, The Telegraph atau The Mirror, mengatakan dunia akan berakhir kerana memilih Boris Johnson dan Donald Trump sebagai pemimpin, seolah-olah hanya pilihan mereka sahaja yang terbaik yang boleh diterima.
Contohnya artikel ini dari Outline, yang bertajuk “This Is How A Society Dies“, tulisannya terlalu melodrama dan berbunyi mengada-ada kerana rakyat Britain menolak Parti Buruh yang mereka mahu menang.
Rata-rata penulis seperti ni tengah lepas geram sebab Boris menang Khamis lepas. Atau Trump akan dijangka menang lagi 2020 nanti.
Amerika akan terus kekal wujud, Britain akan terus kekal wujud. Amerika pernah ada Presiden yang lebih teruk daripada Trump.
Andrew Jackson masa jadi Presiden dulu, dia tak puas hati, dia tembak je terus orang awam yang kritik dia.
Ada Perdana Menteri Britain yang jauh lebih teruk dari Boris Johnson.
Hakikatnya, golongan chattering class (golongan intelektual yang graduan universiti dalam liberal studies, golongan kelas menengah atasan yang rasa diri aktivis hak asasi manusia) yang acah kiri, yang selalu berpeluang nak jadi kolumnis kat syarikat media besar macam ni mengeluh sebab kali ini, dunia dah bukan memihak kepada mereka. Chattering class ni cakap macam dunia dah nak kiamat, padahal sebenarnya biasa je.
Setakat ni Donald Trump atau Boris Johnson belum buat perangai macam Genghis Khan yang takluk negara orang, penggal semua kepala lelaki dan rogol semua bini dan anak dara orang.
Rileks, liberals. The world is not going to be end. The liberals are going to be end.
Globalisme dah berakhir. Era modenisme dah berakhir. Selamat datang ke era post globalist, post modern. Di mana semua kuasa dalam dunia ni tak ada siapa yang jadi hegemoni, cuma kuasai kawasan serantau sahaja.

Dunia dah diresetkan Ordenya. Dan abad ke-21, macam ni lah corak geopolitik dunia. Tak payahlah nak sandarkan pada kenangan lagi.
Orang yang susah akan sentiasa bersedia bila tiba masa susah.
Jadi begitulah kitaran hidup. Macam alam. Ada masa senang. Ada masa susah. Ada masa kawan. Ada masa lawan. Ada masa kiri. Ada masa kanan. Ada musim panas, ada musim sejuk. Ada masa liberal. Ada masa konservatif.

Cuma zaman sekarang ni peminat cuaca liberal tak puas hati sebab sekarang cuaca konservatif, yang konservatif tak puas hati sebab cuaca sudah mula menuju ke arah liberal.
“Nature has its own religion; gospel from the land
– Man of the Hour, Pearl Jam.
Father ruled by long division, young men they pretend
Old men comprehend.”