Dataran Seperti Cermin Besar, Salar De Uyuni Tasik Bergaram Paling Unik

dataran-seperti-cermin-besar-salar-de-uyuni-tasik-bergaram-paling-unik

Kelihatan seperti sebuah tasik yang dipantulkan dengan cermin besar, Salar De Uyuni atau Salar De Tenupa merupakan dataran yang sejauh mata memandang disebabkan kawasannya yang begitu luas. Tempat ini juga merupakan dataran bergaram paling besar di dunia.

Pada mulanya, kawasan ini adalah sebuah tasik purba yang sudah kering hingga menyebabkan meninggalkan sisa garam.

Dataran bergaram ini berkeluasan kira-kira 10,582 kilometer persegi yang terletak di Bolivia. Bukan itu sahaja, perkataan ‘Salar’ membawa maksud garam dalam bahasa Sepanyol.

dataran-seperti-cermin-besar-salar-de-uyuni-tasik-bergaram-paling-unik
Pemandangan Salar de Uyuni pada waktu malam
Sumber: Pinterest

Dianggarkan sekitar 10 billion tan garam di kawasan ini. Tasik ini mengandungi garam dan satu bahan yang sangat penting iaitu, lithium. Lithium merupakan bahan yang digunakan untuk membuat bateri dan kandungannya mencapai sekitar 70 peratus dalam tasik ini.

Keunikkan tasik ini menyebabkan ramai pelancong serta pengunjung tempatan datang untuk bergambar di sekitar dataran ini.

dataran-seperti-cermin-besar-salar-de-uyuni-tasik-bergaram-paling-unik
Pemandangan Salar de Uyuni pada waktu senja
Sumber: Windows 10 Spotlight Images
dataran-seperti-cermin-besar-salar-de-uyuni-tasik-bergaram-paling-unik
Sumber: The Backpacker Network

Selain kelihatan seperti cermin, ada juga tempat yang dinamakan sebagai perkuburan kereta api. Suatu ketika dahulu, kereta api berkenaan digunakan dalam aktiviti perlombongan.

Apabila terdapat air di kawasan ini, dataran berkenaan akan menjadi seperti sebuah cermin yang besar. Semasa musim hujan, pantulan air menyebabkan kawasan ini saling tidak ubah seperti cermin. Hal ini juga yang membuatkan ramai pelancong datang ke tasik tersebut.

Disebabkan keluasan kawasan tasik ini mudah dilihat dari angkasa lepas, maka pihak NASA menjadikan tempat berkenaan sebagai tempat rujukan kedudukan satelit.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: