Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Mac lalu tentang pelancaran Tabung COVID-19 oleh kerajaan Malaysia masih menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini.
Susulan daripada pengumuman tersebut, orang ramai sebaliknya mula mempersoalkan ke mana perginya golongan berpendapatan tinggi di Malaysia dalam situasi ini terutamanya apabila barisan hadapan sangat memerlukan bantuan daripada mereka untuk membendung penularan COVID-19.
Pada 5 March 2020, Forbes telah mengeluarkan laporan terbaru mengenai 50 orang terkaya di Malaysia. Disebabkan kejatuhan ringgit dan pasaran yang lemah, kekayaan mereka telah turun sebanyak 7%.
— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) March 22, 2020
Berikut merupakan FORBES list untuk 50 orang paling kaya di Malaysia. pic.twitter.com/Sbw1FGE9J9
Kalau semua top 20 richest man in Malaysia donate around 1% of their net worth for COVID 19, kita boleh collect around RM2 billion okay. Amacam?
— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) March 18, 2020
Lucu sebenarnya bila tengok orang kaya buat 'crowdfund' instead of giving big bucks themselves to Tabung Covid-19.
— Jeshafir (@fdajesfry) March 19, 2020
Marhaens are struggling enough at this moment and you asked them to donate? *sigh*
Later, the one who did the crowdfund yg dapat nama, free branding and marketing.
Tidak cukup dengan itu, tinjauan penulis di laman Twitter mendapati orang ramai mula membuat perbandingan antara selebriti tempatan dan antarabangsa dalam menangani penularan wabak meragut nyawa ini.
Why am I not seeing this kind of news in Malaysia? Where are the rich people? pic.twitter.com/fuPDL9MFXD
— W (@nurbadrin) March 17, 2020
Son Heung-min Derma Lebih RM300,000 Perangi Wabak Coronavirus https://t.co/3ul7c3EEcP
— VOCKET FC (@vocketfc) March 11, 2020
Sadio Mane Derma £41,000 Lawan Coronavirus Di Senegal https://t.co/rUCEWOoQpU pic.twitter.com/GfsjXq4oc0
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 18, 2020
Sudah tentu, terdapat tabung bantuan lain yang menyusul kemudian seperti Tabung Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tabung COVID-19 MedTweetMY dan Tabung Musa’adah COVID-19 JAKIM yang menerima reaksi positif daripada pengguna Twitter.
KKM telah menubuhkan akaun khas bagi membolehkan rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan. @DrAdhamBaba pic.twitter.com/lOVD5cbyJY
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 23, 2020
YB Senator Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada pagi ini telah melancarkan TABUNG MUSA’ADAH COVID-19 JAKIM bagi membantu Kerajaan meringankan beban pihak yang terjejas akibat wabak ini.
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) March 24, 2020
[1/5] pic.twitter.com/wft9vYSVgy
Kita turut merasai betapa peritnya barisan hadapan yang sedang menangani penularan wabak COVID-19. Justeru, TABUNG COVID-19 MedTweetMY dilancarkan pada hari ini.
— MedTweetMY Official (@MedTweetMYHQ) March 22, 2020
Tujuan utama tabung ditubuhkan adalah untuk meringankan beban kumpulan tersebut sekaligus memberi sokongan pic.twitter.com/rGtZiO7leV
Berbalik kepada persoalan sebenar dalam artikel ini, terdapat beberapa individu yang sudah tampil menghulurkan bantuan seperti Dato’ Sri Aliff Syukri, Dato’ Fadzaruddin Shah Anuar dan Datin Vivy Yusof.
View this post on InstagramA post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Begitu juga dengan beberapa syarikat ternama seperti Berjaya Corporation yang membuat sumbangan sebanyak RM1 juta kepada tabung bantuan COVID-19.
Syarikat insurans dan takaful milik Malayan Banking Berhad (Maybank) iaitu Etiqa turut menyumbang RM1 juta kepada Mercy Malaysia untuk membeli alat bantuan pernafasan dalam membendung penularan wabak COVID-19.
Dalam erti kata lain, terdapat juga individu yang tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Selain daripada nama-nama di atas, mungkin ada di antara mereka yang menghulurkan sumbangan kepada badan bukan kerajaan tetapi tidak menghebahkannya kepada umum.
Namun, adakah itu sudah cukup untuk membantu menangani penularan wabak berbahaya ini daripada meragut lebih banyak nyawa yang tidak bersalah?
Sementara itu, orang ramai turut memberi cadangan kepada menteri di Malaysia untuk mengikuti langkah kerajaan Singapura yang menerima pemotongan gaji selama satu bulan dalam usaha untuk menghentikan penularan wabak meragut nyawa ini.
Akhir kata, salah satu ciapan yang berjaya mencuri perhatian penulis adalah, “Orang kaya di Malaysia miskin. Miskin hati dan perasaan.” Meskipun tidak dapat dipastikan kebenarannya, adakah kenyataan itu boleh digunakan dalam situasi sekarang?