COVID-19: Jangkitan Omicron UK Meningkat 200,000 Kes Sehari

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UK) menganggarkan jumlah jangkitan harian Omicron kini mencecah 200,000 kes sehari. Berikutan lonjakan kes tersebut, Britain merancang membuka ratusan lagi pusat pemberian vaksin untuk beberapa hari yang akan datang.

Antara yang akan dibuka ialah di stadium bola sepak dan padang lumba. Hal ini dilakukan sebagai usaha memberikan suntikan dos penggalak secara besar-besaran.

Langkah itu diambil selepas, Sajid David, Setiausaha Kesihatan Britain melaporkan kepada Parlimen bahawa jenis jangkitan baharu itu kini menyumbang 20 peratus daripada kes COVID-19 yang disahkan di UK.

Britain ingin membuka lebih banyak pusat vaksinasi.

Menurut Javid, penggandaan kes Omicron kini berlaku setiap dua hari.

“Perkembangan jangkitan kes Omicron di UK kini kesan peningkatan kes yang tinggi di Afrika Selatan dan pemerhatian kami mendapati kes melonjak sekitar dua hari.”

Dua dos vaksin dikatakan tidak mencukupi untuk melindungi daripada varian Omicron. Oleh itu kerajaan negara tersebut mengumumkan program pemberian dos penggalak dipercepatkan bagi membantu Britain menghadapi krisis pandemik terkini.

Supaya semua orang dewasa mendapat suntikan dos penggalak menjelang Tahun Baru, Boris Johnson, Perdana Menteri Britain mengarahkan Perkhidmatan Kesihatan Negara meningkatkan jumlah pemberian vaksin lebih 844,000 dos sehari – mengatasi rekod harian yang dicatatkan Mac lalu.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melawat pusat vaksinasi Stowe di tengah London. Sumber: Berita Harian

Kini, sudah hampir 90,000 orang sukarelawan yang berada di 3,000 pusat vaksin di seluruh England bagi membantu proses pemberian dos penggalak.

“Saya yakin jika kita tidak laksanakan dos penggalak sekarang, maka ia akan beri kesan kesihatan jauh lebih teruk pada bulan-bulan mendatang,” kata Javid.

Sajid David, Setiausaha Kesihatan Britain.

Mengulas lanjut mengenai varian Omicron ini, pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Bruce Aylward memberi amaran yang tegas bahawa jangan cepat “membuat kesimpulan jangkitan itu adalah penyakit ringan.”

“Kita mungkin bersedia untuk situasi yang sangat merbahaya,” katanya.

WHO memberi amaran varian baharu Omicron merebak pada kadar yang tidak pernah berlaku dan terus menggesa semua negara bertindak segera termasuk mendapatkan ubat yang didakwa Pfizer berkesan terhadap varian itu.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: