Château D’Ussé: Istana Yang Menjadi Inspirasi Cerita Sleeping Beauty

istana sleeping beauty

Terletak di pinggir hutan Chinon, Perancis, Château d’Ussé merupakan istana abad ke-15 yang menjadi salah satu inspirasi kisah dongeng terkenal ‘Sleeping Beauty’.

Château d’Ussé pada mulanya dibina pada abad ke-11 sebagai kubu, tetapi berkembang dari masa ke masa dan menjadi permata seni bina Renaissance.

Sumber: Amusing Planet

Bukan itu saja, Château d’Ussé telah menerima banyak tetamu terkenal yang pernah mendiaminya seperti Voltaire dan Chateaubriand.

Charles Perrault, seorang pengarang Perancis yang mencipta kisah dongeng moden juga pernah menghinap di istana tersebut.

Malah, penginapan Perrault di Château d’Ussé sangat terkenal kerana di istana itulah di mana beliau mendapat ilham untuk menulis kisah dongeng Sleeping Beauty. 

Istana ini pada asalnya dibina daripada batu dan kayu oleh pahlawan Viking Gelduin I yang digeruni sekitar tahun 1,000 Masihi. Namun lama-kelamaan, Ussé kehilangan peranan ketenteraannya dan menjadi kediaman yang elegan. 

Keluarga Espinay membeli istana ini pada abad ke-15 dan melakukan perubahan dalam gaya Renaissance Itali yang kekal selama dua abad.

Pada abad ke-17, Ussé menjadi milik Louis Bernin de Valentinay yang kemudian memodenkan kediaman itu.

Beliau juga turut mendirikan taman seluas 600 hektar yang dirancang oleh arkitek landskap terkenal Versailles, Le Nôtre.

Ketika keluarga Valentinay, Perrault dan Voltaire datang ke istana ini sebagai tetamu, dikatakan bahawa Perrault terpesona dengan Château d’Ussé yang tertutup dengan ivy yang terlihat menjulang bagaikan magik dari pokok-pokok di hutan Chinon.

Sumber: Travel France Online

Ussé kini dimiliki oleh keluarga Blacas d’Aulps, keturunan Duchess of Duras Douairière yang membeli istana tersebut pada tahun 1802. 

Sebahagian besar Ussé kini dilengkapi dengan perabot dan permadani abad ke-18, dan koleksi berkenaan telah ditambah dan dihiasi oleh generasi-generasi baru pemilik istana tersebut.

Sejak dua dekad yang lalu, istana ini dipenuhi dengan boneka yang berpakaian kostum dari abad ke-18. 

Boneka atau manikin-manikin ini ditukar pakaian setiap tahun untuk menunjukkan bagaimana fesyen berubah sepanjang abad ini.

Sumber: A Lady In France

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: