Pembaharuan cukai jalan atau renew roadtax kenderaan merupakan salah satu aktiviti tahunan yang perlu dilakukan terutamanya jika anda memiliki kenderaan sendiri.
Tempoh pembaharuan cukai jalan boleh dibuat dalam sekitar enam bulan atau 12 bulan bergantung pada pilihan anda.
Lazimnya, orang ramai akan hadir ke mana-mana Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri atau Cawangan, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad yang berhampiran untuk pembaharuan cukai jalan kenderaan.
Disebabkan oleh peningkatan kemajuan teknologi masa kini, pelbagai perkhidmatan pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan kini boleh diakses dan dilakukan secara atas talian (online) sahaja.
Selain daripada itu, perkhidmatan sebegini juga sekali gus mengalakkan amalan norma baharu dalam mengurangkan aktiviti di luar rumah setelah berlaku wabak COVID-19 sejak beberapa tahun ini.
Pemilik kenderaan tidak perlu bersusah payah lagi untuk membazirkan tenaga serta menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk memperbaharui cukai jalan.
Oleh itu, di sini kami kongsikan antara cara yang boleh anda lakukan bagi perbaharui cukai jalan secara online.
Diharap perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan dan mengelakkan anda daripada disaman disebabkan oleh cukai jalan yang tamat tempoh terutamanya semasa melalui sekatan jalan raya.
1. mySIKAP JPJ

Mungkin masih ramai yang belum mengetahui tentang kewujudan Portal JPJ Online iaitu mySIKAP.
Jika dahulu semuanya dilakukan secara manual serta mengambil masa yang lama di JPJ, kini anda boleh melakukan transaksi secara dalam talian.
Urus niaga dalam talian mysikap ini membolehkan anda melakukan transaksi untuk perbaharui cukai jalan termasuklah beberapa urusan lain seperti baik lesen kereta dan motor, tukar hak milik, beli nombor plat kenderaan, semakan saman polis trafik dan banyak lagi.
Pelanggan hanya perlu log masuk ke sistem dan membuat bayaran atas talian. Namun kaedah penghantaran masih memerlukan anda mengambilnya di kaunter JPJ berdekatan. Perubahan sistem yang memerlukan slot tempahan secara online ini memudahkan orang ramai agar tidak perlu bersesak-sesak penuh di JPJ.
2. MyEG

Sekiranya anda tiada masa untuk mengambil sendiri cukai jalan di kaunter, pengguna boleh menggunakan sistem lain iaitu MyEG.
MyEG Services Berhad (MYEG) merupakan pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) Aplikasi Elektronik Kerajaan (E-Kerajaan) Malaysia.
Portal ini ditubuhkan bagi membina, menjalankan, dan memiliki saluran elektronik untuk membekalkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia.
Laman web MyEG memerlukan anda mendaftar akaun terlebih dahulu. Setelah mempunyai akaun, anda hendaklah log masuk dengan mengisi ID pengguna serta kata laluan dan kemudian boleh membuat urusan selanjutnya.
Di samping itu, perkhidmatan ini hanya untuk jenis kenderaan kereta sahaja dan tidak termasuk motosikal.
3. MyTeduh

Satu platform baharu dilancarkan Februari ini yang mampu membantu anda dalam pembaharuan cukai jalan.
MyTeduh menyediakan perkhidmatan yang pantas dan mudah bagi urusan kenderaan secara atas talian. Bukan hanya untuk kereta sahaja malah kenderaan jenis motosikal juga ada ditawarkan. Selain itu, pemandu e-hailing yang berdaftar turut sama boleh menggunakan portal ini.
Dengan hanya mengambil masa 15 minit sahaja, anda dapat menyelesaikannya hanya dari rumah tanpa perlu pergi ke mana-mana.
Namun selalunya sebelum pemilik kenderaan perbaharui cukai jalan, pasti mereka akan membeli insurans terlebih dahulu.
Oleh itu, usah risau kerana MyTeduh juga menawarkan perkhidmatan insurans kenderaan.
Perbandingan Harga Insurans Semua Jenis Kenderaan
Anda dapat membuat anggaran premium insurans menerusi portal MyTeduh dengan membandingkan pilihan insurans yang berbeza. Bukan satu atau dua, tetapi ada lebih kurang enam pembekal insurans bertauliah di Malaysia yang ada di sini. Antaranya ialah:
i) Etiqa
ii) Zurich
iii) Pacific & Orient Insurance (P&O Insurance)
iv) Liberty Insurance
v) AXA
vi) Zurich Takaful

Cara Menggunakan MyTeduh
Berikut merupakan panduan ringkas menggunakan website MyTeduh:
1. Layari portal rasmi MyTeduh (https://www.myteduh.com/promo).
2. Masukkan maklumat asas tentang kenderaan dan juga maklumat peribadi anda.
3. Kemudian, anda boleh terus bandingkan harga dan pilih pakej mana yang sesuai.
4. Anda boleh meneruskan transaksi pembayaran jika telah bersetuju dengan harga sebut yang dipaparkan.
5. Hanya tunggu servis pernghantaran sampai ke rumah anda.
Sistem Automatik Sepenuhnya
Antara kelebihan yang anda akan miliki apabila menggunakan platform ini ialah semua perkhidmatan berlaku secara automatik secara dalam talian.
Servis penghantaran juga disediakan kepada pengguna hingga ke pintu rumah anda. Jadi, anda tidak perlu bimbang untuk pergi ke JPJ bagi mengambil cukai jalan yang sudah diperbaharui.
Tambahan pula, tiada had masa untuk melayari MyTeduh kerana ianya dibuka 24 jam bagi memudahkan proses dibuat pada bila-bila masa.
Jimat Masa, Tenaga Dan Wang
Selain daripada menjimatkan masa dan tenaga, penjimatan kewangan juga akan terjamin. Pelbagai pilihan pembekal insurans yang mesra bajet ini mampu memuaskan hati para pelanggan.
Kemudahan yang berkonsepkan kalkulator insurans kereta atas talian ini juga sebenarnya amat bagus supaya pelanggan dapat membuat pilihan yang bijak agar mendapat perlindungan kenderaan yang terbaik.
MyTeduh menyenaraikan sebut harga berdasarkan pembekal. Justeru, anda diberikan peluang untuk menentukan harga yang berpatutan bergantung dengan kesesuaian bajet sendiri.
Tidak Perlu Log In
Kebiasaannya ramai orang tidak menggunakan portal seperti ni kerana berasa leceh dan rumit memerlukan anda untuk log in terlebih dahulu.
Namun yang paling penting di MyTeduh, anda boleh terus menggunakan platform ini tanpa perlu memuat naik sebarang aplikasi dan tidak perlu membuka akaun semata-mata mahu membuat perbandingan harga insurans kereta.
Pelancaran MyTeduh Pada Bulan Februari
Makluman untuk semua, MyTeduh telah mengadakan pelancaran mereka pada 21 Februari yang lalu.
Jika anda mencari platform mudah bagi urusan insurans kereta dan cukai jalan, MyTeduh merupakan laman web yang paling ideal buat anda.
Melalui pembelian insurans di platform ini juga, anda pasti akan berpuas hati dengan segala faedah terutamanya dari segi kecekapan, kepantasan dan senang diakses.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi MyTeduh. Selain itu, jangan lupa mengikuti media sosial mereka dengan hanya klik pautan di bawah:
Website: https://www.myteduh.com/promo
Facebook: https://www.facebook.com/myteduh
Instagram: https://www.instagram.com/myteduhtakaful/
Twitter: https://twitter.com/myteduh
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: