Buntu Fikirkan Nak Urus Bisnes Sendiri, Lejen Digital Tawar Pakej Pengurusan Media Sosial Terbukti Berkesan

Perniagaan anda tergendala disebabkan banyak kerja perlu disiapkan namun anda menemui jalan buntu dalam mencari penyelesaian terbaik untuk lebih fokus membangunkan majukan bisnes anda? Jika anda mempunyai masalah yang sama, ini merupakan salah satu petanda buat anda yang memerlukan bantuan dari segi menguruskan media sosial selain mencapai target bagi melonjakkan lagi ‘engagement’ akaun media sosial anda.

Masalah yang kerap dialami oleh kebanyakan pemilik perniagaan adalah terpaksa mencuri masa untuk siapkan poster produk atau servis yang akan diiklankan. Bagaimanapun, rata-rata pemilik bisnes sukar memfokuskan satu perkara dalam masa yang sama. Bukan sahaja masalah perah otak memikirkan konten yang perlu disiapkan, malah kekurangan idea untuk karang ayat di media sosial pun sudah pasti dialami oleh setiap pemilik bisnes.

Seorang peniaga atau usahawan sudah tentu ada misi dan visi yang perlu difokuskan, iaitu mengurus dan merancang untuk menaikkan skala bisnes pada peringkat yang sepatutnya. Kesan daripada pandemik COVID-19 yang berlaku secara menyeluruh di Malaysia menyebabkan lonjakan ekonomi digital Malaysia cuba membantu bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

Bertitik tolak daripada hal ini, kebanyakan perniagaan mula beroperasi menggunakan media sosial, namun tahukah anda bahawa kaedah terbaik bagi menjamin anda lebih fokus membina perniagaan tapi dalam masa yang sama, anda juga tidak mahu ketinggalan jauh dalam menguruskan media sosial?

Sumber: Free Malaysia Today

Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi atas talian yang dapat menghubungkan para pengguna dari serata dunia, sekaligus boleh menguntungkan perniagaan anda. Keuntungan yang diperolehi daripada pengurusan akaun media sosial bisnes anda dapat mencapai potensi pelanggan serta membolehkan anda untuk terus fokus dalam perniagaan.

Pada era globalisasi ini, mungkin ada sahaja peniaga di luar sana memiliki masalah tiada pengurusan yang baik bagi media sosial sendiri seperti tiada kemahiran IT, isi kandungan tidak menarik perhatian pelanggan, kekangan masa, tiada tenaga kepakaran dalam grafik atau seni copywriting yang lemah.

Perkara seperti ini akan memberikan impak yang kurang baik terhadap media sosial bisnes anda. Tidak kira apa jua produk atau servis sekalipun, ia bukan sahaja membuatkan kelihatan tidak profesional, malah jualan perniagaan semakin menurun dan boleh mengakibatkan perniagaan peniaga muflis kerana tidak dikenali ramai.

Jika anda tidak mahu ketinggalan di media sosial tapi dalam masa yang sama anda mahu lebih fokus membina perniagaan, maka solusi yang paling berkesan untuk melaksanakannya adalah memerlukan bantuan pakar dalam bidang pengurusan media sosial.

Pengurusan selaras dengan algorithm setiap platform media sosial

Media sosial merupakan medium yang memberikan keuntungan besar buat pemilik perniagaan kerana ia merupakan cara mudah buat pengguna berkomunikasi dengan produk dan jenama bisnes selain mewujudkan keyakinan daripada pelanggan.

Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun, Lejen Digital merupakan pakar dalam menguruskan akaun media sosial syarikat-syarikat ternama di Malaysia. Selain daripada pengurusan yang kemas teratur, akaun media sosial anda pasti akan lebih ‘up-to-date’ dan diselaraskan dengan ‘trend’ terkini.

Kebiasaannya, setiap poster dan ayat ‘caption’ diselitkan penggunaan hashtag yang sempurna, berpotensi menjadi media sosial anda akan mendapat lebih banyak pengikut, serta produk anda menjangkau khalayak jauh lebih besar. Melalui kaedah ini, informasi yang tepat mengenai perniagaan kepada pelanggan dapat disampaikan dengan cara yang betul.

Lebih menguntungkan lagi, jumlah capaian kempen media yang melebihi 7 angka setiap bulan bersama kempen integrated marketing melalui pengurusan media sosial. Menjejaki kempen media adalah bahagian penting dalam pemasaran. Ini juga akan membantu anda membuat pilihan yang lebih baik dan meningkatkan pulangan menguntungkan.

Begitu juga dengan balas komen, direct message (DM) daripada pelanggan, poster, kapsyen dengan update story sama ada di Instagram, Facebook dan Twitter akan diuruskan sendiri oleh pengurusan media sosial Lejen Digital. Akaun media sosial bisnes anda akan sentiasa dikemas kini tanpa gagal serta lebih interaktif mengikut keperluan algorithm setiap pelantar media sosial.

Sumber: It’seeze websites

Media sosial juga salah satu impak terbesar bagaimana perniagaan anda melonjak naik secara dinamik, bahkan ia antara sebab bagaimana anda mendapat kepercayaan daripada pelanggan yang berkesan.

Selain dapat meningkatkan ‘engagement’ bagi akaun media sosial bisnes, sasaran jualan juga mampu dicapai melalui servis profesional ini.

Menurut Malaysia Kini, pada tahun 2017, media sosial telah menjadi platform penting bagi golongan muda mengetengahkan kreativiti selain membangun kredibiliti dalam industri tertentu.

Sejak pandemik berlaku pada tahun 2020, Malaysia berada di kedudukan 5 teratas di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara (SEA) kerana pelayaran media sosial yang aktif. Selain itu, Malaysia juga memberikan peluang yang baik untuk perniagaan dalam talian kerana 75% pengguna internet membelanjakan wang melalui e-perbankan. Hal ini telah membuktikan keberkesanan pengurusan media sosial di setiap platform seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Sekiranya anda masih runsing memikirkan perniagaan dan juga akaun media sosial anda, sekarang adalah waktu yang tepat untuk memulakan langkah bijak menguruskannya.

Lejen Digital menawarkan servis pengurusan media sosial untuk bantu pemilik bisnes yang buntu memikirkan bagaimana fokuskan perniagaan dan menguruskan pemasaran dalam talian pada masa yang sama.

Bukan sahaja konten yang menarik perhatian, bahkan kenalan lebih meluas serta identiti profesional juga mampu mempengaruhi dalam menyelesaikan masalah yang anda hadapi, lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini.

Berbanding servis pengurusan media sosial biasa, Lejen Digital memiliki pengalaman yang luas dalam menawarkan perkhidmatan profesional agensi pemasaran digital untuk pemilik perniagaan yang memetingkan kecekapan urus selia media sosial, ingin mengukuhkan nama di enjin carian Google serta meningkatkan kepercayaan jenama.

Testimonial Media Sosial Lejen Digital

Lejen Digital sedia menghulurkan bantuan dengan penyelesaian yang mudah bagi mengembangkan lagi perniagaan anda. Dengan sebab itulah servis lengkap yang ditawarkan, disesuaikan dengan spesifikasi perniagaan anda dan unik mercerminkan industri yang anda ceburi.

Sama ada anda ingin membangunkan kehadiran di atas talian yang baru, meningkatkan trafik kepada media sosial yang sedia ada, melibatkan diri dengan pangkalan data pelanggan atau peringkat yang lebih tinggi pada enjin carian, Lejen Digital mempunyai penyelesaian yang sempurna untuk anda.

buntu-fikirkan-nak-urus-bisnes-sendiri-lejen-digital-tawar-pakej-pengurusan-media-sosial-terbukti-berkesan
buntu-fikirkan-nak-urus-bisnes-sendiri-lejen-digital-tawar-pakej-pengurusan-media-sosial-terbukti-berkesan
buntu-fikirkan-nak-urus-bisnes-sendiri-lejen-digital-tawar-pakej-pengurusan-media-sosial-terbukti-berkesan
Maklum balas dan perkongsian daripada pelanggan servis pengurusan media sosial Lejen Digital

Selain produk atau servis anda, akaun media sosial bisnes anda juga berpeluang meraih keyakinan dan kepercayaan ramai. Jadi, usah rasa bimbang untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam pemasaran agar perniagaan anda kelak nanti mampu ke tahap yang lebih tinggi.

Ayuh mulakan projek menguruskan bisnes anda dengan kaedah lebih mudah dan bijak bersama Lejen Digital.

Sekiranya anda berminat dengan servis pengurusan media sosial Lejen Digital yang ditawarkan, anda boleh klik pada pautan ini untuk tempahan slot kerana slot bulanan adalah terhad.

Nombor telefon: +6018-261 9410

Alamat e-mel: [email protected]

Untuk melihat maklumat lebih lanjut, anda boleh kunjungi laman media sosial rasmi Lejen Digital yang tertera:

Laman web: lejen.digital/

Instagram: instagram.com/lejenpress/

Facebook: facebook.com/lejenpress

Twitter: twitter.com/LejenPress

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: