Bulatan Tanaman Yang Tidak Diketahui Ramai, Ini Adalah Crop Circle

Bulatan Tanaman Yang Tidak Diketahui Ramai, Ini Adalah Crop Circle
Bulatan Tanaman Yang Tidak Diketahui Ramai, Ini Adalah Crop Circle
Sumber: BBC News

Crop circle mula terkenal dalam sekitar tahun 70-an, bulatan pada tanaman ini jika dilihat sangat rumit jika dibuat oleh manusia.

Pada masa tersebut, ramai memikirkan isu crop circle yang menjadi bualan utama di Amerika, corak-corak menarik yang terbentuk menjadi tanda tanya pada penduduk mahupun pengunjung yang melihat corak tersebut.

Ada penduduk mengatakan makhluk asing sengaja meninggalkan corak yang pelik kerana corak itu dikatakan mempunyai mesej atau kod tertentu dan perlu dirungkai.

Pelbagai corak rumit direka, dari corak geometri hingga lah corak wajah manusia, tetapi siapakah yang membuat corak aneh ini? Manusia atau makhluk asing?

Ketika itu, masih hangat diperkatakan tentang kemunculan makluk asing dan piring terbang. Tambahan pula, kehadiran corak pelik di ladang penduduk tempatan.

Bulatan Tanaman Yang Tidak Diketahui Ramai, Ini Adalah Crop Circle
Sumber: History Collection

Dikatakan terdapat dua individu telah bertanggungjawab membuat crop circle iaitu, Doug Bower dan Dave Chorley. Mereka membuat crop circle pada waktu malam, dengan menggunakan sekeping papan yang diikat dengan tali. Mereka membuat pengakuan pada tahun 1991, dan menerangkan kepada wartawan bagaimana mereka mencipta crop circle hanya menggunakan tali dan papan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: