Bosnia: Negara Indah Namun Sebaliknya Menyimpan Seribu Kisah Pahit

Bosnia: Negara Indah Namun Sebaliknya Menyimpan Seribu Kisah Pahit

Bosnia dan Herzegovina merupakan negara Balkan yang pernah bergolak akibat perang satu ketika dahulu. Kini, lebih dikenali sebagai Bosnia sahaja dan pernah berada dalam wilayah pemerintahan Ottoman suatu ketika dulu.

Sebuah negara yang terletak di sebelah Croatia ini mempunyai penduduk seramai 3 juta orang. Orang beragama Islam di sana merupakan majoriti penduduk dan negara ini berkeluasan sekitar 51,000 kilometer sahaja.

Penduduk di Bosnia merupakan dari etnik Bosniak, Serb dan Croat. Pecahan mengikut peratus bagi agama Muslim ialah ( 50.7%), Kristian Ortodok ( 30.75%) dan Kristian Katolik (15.19%).

Bosnia: Negara Indah Namun Sebaliknya Menyimpan Seribu Kisah Pahit
Sumber: Bosnia and Herzegovina Scholarships Archives

Dikatakan Bosnia seperti terkunci dari lautan kerana terletak di tengah dan bersempadan antara beberapa negara lain seperti Croatia, Serbia dan Montenegro.

Pada tahun 1992 hingga 1995 berlaku kancah perang menyebabkan puluh ribu orang terbunuh. Tercetusnya perang ini kerana perpecahan dalam Yugoslavia itu sendiri kemudian Bosnia telah mengisytiharkan referendum untuk merdeka pada tahun 1992.

Akibat daripada itu, gerakan untuk menghalang Bosnia yang diketuai oleh puak Serbia telah dijalankan. Bukan itu sahaja, penghapusan etnik Bosniak dan Croat telah berlaku dan menyebabkan ramai yang terbunuh serta diculik. Manakala, kaum wanita dirogol.

Sepanjang perang itu, dianggarkan seramai 100,000 orang telah terbunuh sehingga fasiliti di negara Bosnia hampir lumpuh sepenuhnya akibat dibom dan dibedil oleh pihak puak Serbia.

Selepas 20 tahun peperangan tamat, masih kekal lagi dalam ingatan bagi penduduk di Bosnia mengenai peristiwa yang pernah berlaku. Jika anda berpeluang menjejakkan kaki untuk melawat ke sana, kesan peluru dapat dilihat yang menembusi dinding bangunan.

Sarajevo merupakan ibu kota Bosnia yang mempunyai penduduk seramai 300,000 orang. Tempat yang menjadi tarikan pelancong ialah sebuah jambatan yang dikenali sebagai Stari Most. Ia terletak di Mostar yang menghubungkan dua bandar dan jambatan ini merupakan simbolik antara orang Islam di sebelah timur dan orang Kristian di barat.

Kira-kira seramai 75,000 ribu orang menghuni bandar Mostar dan ia merupakan antara bandar yang terbesar di Bosnia selain Sarajevo dan Tuzia. Jambatan ini merupakan ikon utama di Mostar.

Bosnia: Negara Indah Namun Sebaliknya Menyimpan Seribu Kisah Pahit
Sumber: We Are Travel Girls

Jambatan yang dibina semasa pemerintahan empayar Ottoman pada fasa abad ke-16 ini sudah berusia mencecah 400 tahun. Air sungain yang mengalir di bawah jambatan ini dikenali sebagai Neretva.

Jambatan ini direka oleh Miman Hayruddin yang berkonsepkan seni bina Islam. Bukan itu sahaja, ia pernah diruntuhkan semasa perang berlaku pada tahun 1993 dan sebanyak 60 bedilan dilepaskan pada jambatan ini hingga menyebabkannya runtuh ke dalam sungai.

Namun begitu, usaha untuk membina semula jambatan ikonik dengan bajet sebanyak 15 juta dollar, akhirnya pada tahun 2004 jambatan ini berjaya disiapkan.

Jambatan ini memukau sebilangan besar pelancong yang datang setiap akhir bulan Julai kerana terkenal dengan acara terjun. Lebih menarik lagi apabila mendapat perhatian daripada pihak Red Bull untuk menjadikan jambatan ini sebahagian tempat kejohanan terjun tebing yang diadakan oleh pihak mereka.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: