Kajian mengatakan dengan menikmati alam air, kita akan mudah berasa tenang dan langkah ini dipanggil, Blue Therapy.

Hubungan dengan alam semula jadi sekaligus memberi efek pada kelakuan diri dari segi mental dan fizikal.
Bagi yang sering meluangkan masa dengan ruang kehijauan juga mampu memberi efek yang sama tetapi kajian kini mengatakan yang ruang kebiruan lebih berkesan dan akan meningkatkan kesihatan dengan lebih baik.
Pergerakan air yang beralun dan bunyi air yang berombak memberi ketenangan pada luaran dan dalaman kita. Perasaan nyaman ini telah dirasai oleh ramai orang apabila pergi ke laut atau ruangan air yang luas.
Kini, dalam terapi warna, biru adalah warna ketenangan dan lembut.
Di tepi laut, udara yang dihirup dicas dengan ion negatif. Molekul-molekul ini dipercayai untuk mempunyai efek yang positif pada tahap sorotonin dan juga mengandungi impak yang positif pada emosi.
Tambahan pula, udara tersebut kebiasaannya lebih bersih atas kehadiran mikroalga.

Orang yang tinggal berdekatan dengan aliran air sering mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik.

Dengan ini, sebaiknya semua hendaklah berhubung dengan alam kebiruan sekurang-kurangnya dua jam dalam seminggu.
Kepada yang tidak ada masa untuk menjalani Blue Therapy ini, menonton filem atau dokumentari berkaitan dengan laut juga boleh memberi ketenangan yang dicari.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: